Monday, 21 June 2010

Hujan oh hujan

Pagi Isnin ini dibasahi dengan hujan yang agak lebat. Agak mendamaikan mendengar alunan hujan yang turun. Seronok juga melihat hujan yang turun membasahi keliling laman rumah. Pasti tumbuh-tumbuhan rumput sekeliling rumah akan tumbuh subur lagi dengan keadaan hujan yang tak henti-henti. Mengapa entri kali ini bercerita mengenai hujan? Entahlah...mungkin agak lama tak menghayati keadaan hujan yang turun menyebabkan aku menulis entri ini. Segar dan damai dengan cuaca yang sejuk ini. Huajn turun juga mempunyai iramanya yang tersendiri.

No comments: