Agak lama juga tak menempah tiket flight melalui talian ini. Rasanya tahun lepas ada sekali untuk Ami ke langkawi. Untuk diri sendiri dah lama tak buat. Maknanya dah lama tak terbang ke mana2. Tambah pulak ketika cuti belajar ini. Mungkin banyak bercuti dgn kenderaan Kenari sahaja.
Bila Noin minta tolong buat tempahan untuk dirinya dari KL-Penang pada Ogos dan Penang-KL pada Oktober, teringin juga nak membawa hero kecikku menaiki flight. Tambah pulak memang berjanji dgn mereka simpanan tabung tu utk beli tikel kapalterbang. Makanya tempahan dibuat dgn menggunakan kad kredit.
Ah, AA ini mmg jenis cekik darah. Nak menempah pun dikenakan RM5 setiap orang. Makanya 4 orang kenalah bayar RM20 hanya kerana menempah atas talian. Tambahan lagi menempah tempat duduk RM5 setiap orang. Lagi RM20 untuk 4 orang. Itupun ditolak RM20 setiap orang untuk barang2 yang di check-in. Kecuali Noin kena bayar RM40 utk 25 kilo barang. Makan dan insuran pun tak diambil. Setelah semuanya ditambah dan ditolak, perjalanan 4 orang dari Penang-KL pada Oktober nanti berjumlah RM328.
Memang kalau ikut hati dah tak lalu nak naik AA ni lagi. Tapi mengenangkan harganya dan anak2 buat jugaklah tempahan. MAS bila nak buat tambang murah lagi macam tahun lepas? Teringin sangat nak naik MAS tapi alahai tambangnya semua sekali dah beratus2...
No comments:
Post a Comment