Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Tuesday, 15 June 2010
Fahmi dan air kopi
Malihat kartun "Being five" dalam blogku mengenai budak kecik 5 tahun itu mencuba air kopi. Teringat kisah hero kecikku yang kedua memang peminat kopi. Sebelum ini, toknya ada memberitahu si Fahmi suka minum kopi. Aku dan abahnya memang jarang minum kopi. Selalunya abahnya akan minum teh O. Aku pula sesekali akan minum nescafe. Hari tu ke ekspo usahawan di Seberang Jaya, baru aku lihat minat Fahmi dengan air kopi. Biasalah bila ke ekspo, banyak contoh2 percuma akan diberikan kepada pengunjung. Ada satu gerai yang mempromosi kopi mereka- kopi kampung. Memang diakui kopi buatan mereka sedap. Tak ingat apa jenamanya. cumanya diketahui ia agak terkenal di pekan Kupang dan Baling. Si Fahmi sanggup minum dua cawan kecil air kopi yang agak panas. Walau telah diberi amaran air tersebut memang panas, tapi mungkin sebab keterujaannya mendapat air kopi, Fahmi minum juga walaupun panas. Akibatnya, Fahmi sakit lidah beberapa jam selepas itu kerana minum kopi panas. Fahmi oh Fahmi anakku sorang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment