Tajuk sebuah buku yang agak menarik. Bagaimana pun kisah cintaku dengan cerita ini bemula dengan anime Jepun ketika aku berusia sekitar 13-14 tahun dahulu. Ketika itu, my own daddy memang agak tegas dengan bab-bab menonton tv. Jarang sekali kami dapat menonton tv dengan selesa kecuali ketika daddy bekerja malam. Tv pun hanya bersaiz kecil sahaja. Rasanya memang setiap minggu menunggu cerita kartun ini untuk mengikuti sirinya. Tapi yang pasti tak tengok sampai siri terakhir dan ada sesetengah siri yang ketinggalan.
Bagaimana pun "Daddy long legs" muncul dalam hidup kembali apabila membaca blog seorang pensyarah USM yang menceritakan kisah beliau menghabiskan buku "Daddy long legs" ini. Baru ku ketahui rupanya cerita kartun tersebut diambil dari buku mat salleh. Ingatkan hanya dibuat-buat sahaja. Internet memudahkan hidup apabila dengan mudah buku tersebut dapat dicari dan dibaca secara online. 2 tahun lepas mencari di Youtube, terjumpa pula anime yang sama. Cumanya dalam versi Bahasa Arab. Seronok jugak menonton anime dalam bahasa arab, rasa sweet dan cute sangat watak utama si Judy tu bercakap dalam bahasa arab.
2 minggu yang lepas mungkin dapat dikatakan membuang masa dengan menonton anime ini lagi. mana taknya terjumpa website anime jepun dalam versi penuh. Apalagi jenuh jugak la menonton selama 20 minit untuk 40 episod. Puas hati sangat dapat menonton versi jepun yang asal. Yang versi arab tu banyak jugak dipotong...Nanti nak cuba download pulak...hehehe...bila senang la...dan nak cuba dapatkan buku ceritanya untuk simpanan. Memang rasa seronok sangat dapat tonton anime tu walau sebenarnya rasa bersalah pun ada jugak sebab tak buat tesis dan berseronok-seronok.
No comments:
Post a Comment