Tuesday, 10 September 2013

Hujan seharian

Bermula dari pagi 7.15 rasanya, hujan telah turun. Tadi ke Bank Muamalat dan CIMB pun hujan lagi. Berteduh di CIMB hingga hujan agak reda. Akhirnya sehingga 1.00 tgh masih lagi hujan rintik-rintik. Redah untuk kembali ke ofis. Sehingga kin masih lagi hujan rintik-rintik. Sedapnya kalau dapat tidur kat rumah waktu ini.Memang tadi dah rasa macam tak nak datang kerja. Ingat nak ambil  Cuti Kecemasan. Tapi tak jadi kerana sayang pulak kepada cuti yang tinggal.

Tuesday, 3 September 2013

Puasa 6 hari di bulan Syawal

Hari ini hari terakhir berpuasa enam. Alhamdulillah dapat juga berpuasa enam. Walaupun di buat di hujung-hujung Syawal tapi berjaya jugak. Memang godaan kuat untuk berpuasa di bulan Syawal ini. Banyak tahun jugak tak dapat berpuasa enam di bulan Syawal. Akhirnya hingga bulan Jamadil akhir baru dapat menggantikan puasa Ramadhan. Memang seronok. Ganjarannya bagaikan berpuasa untuk setahun. Siapa yang tak seronok.

Hari ini juga cerita mengenai harga petrol naik lagi. Tak faham puak2 pemerintah ni. Benci sebenci2nya. Senang2 sahaja nak naikkan harga petrol tu. Lagi benci kepada penyokong tegar BN. Minyak naik pun duk bagi reason menyokong kerajaan pilihan mereka. Eiii bencinya aku pada puak2 ni.

Tuesday, 6 August 2013

Lagi sehari Ramadhan akan meninggalkan kita

Suasana pagi ini macam menghibakan saja. Hujan rintik-rintik. Sampai di ofis pun, dah berkurangan staf yang datang kerja. Tambah esok, Rabu mungkin lagi sunyi. Orang-orang luar Penang rasanya dah mula bercuti. Hari ini dapat berita baik-tawaran untuk pergi ke IFLA di Singapore. Ditolak minta ganti dengan orang lain. Memang dah tekad tak nak pergi sebab nak pergi tahun depan...in sha Allah ke Lyon, France. Tambah pula penat balik beraya ke Johor pun tak habis lagi waktu. IFLA tu bermula dari 17-23 Ogos. Memang dah terbayang penatnya. Aduhai. Takper...moga ia menjadi rezeki untuk orang lain ke sana.

Lagi setengah jam nak balik...tak sabarnya nak tunggu...sebenarnya bukanlah seronok nak raya sangat. Seronok sebab nak bercuti lama-lama...walau pun rasa macam penat sebab nak buat macam-macam perkara tapi rasanya lebih seronok buat kerja penat tu dari berada di ofis yang membosankan ini.

Monday, 5 August 2013

Kebosanan tahap melampau

Tak tahu kenapa, hari Isnin 5.8.2013, hari ini, terasa amat bosan sangat. Satu kerja apa pun tak dibuat untuk hari ini. Padahal ini hari ke 27 Ramadhan. Lagi 3 hari sahaja lagi berpuasa. Pagi tadi dengan mengantuk ya amat. Petang dengan bosan ya amat. Di luar bilik, udara sungguh tidak baik untuk kesihatan.

Thursday, 1 August 2013

1 Ogos 2013/ 23 Ramadhan

Alhamdulillah dah berpuasa untuk hari ke 23. Cepat juga masa berlalu. Seronok tengok telatah anak-anak berpuasa. Fahmi berbuka dengan murtabak setiap hari. Dia cukup seronok kalau dapat sayur salad sebagai side dish. Farhan pula dengan nasi putihnya sahaja. Padahal tokwannya buat segala nasi minyak tomato, bukhari, briyani dan macam-macam dia tak nak.

Rutin harian sepanjang Ramadhan. Hari bekerja- keluar rumah sekitar 6.50 pagi. Selalunya Zuhdi datang dalam pukul 7.00. tapi sebab dia F1 driver, sampai ofis sekitar pukul 7.35. Setengah jam sahaja ke USM dari depan longwan tu. Hebatkan... Tengahari, rehat pukul 1 tgh, pergi bertandang ke bilik Yati selama 1 jam atau kekadang sampai 1 jam 30 minit. Keluar ofis dalam pukul 4.30 petang. Katanya waktu anjal. Sampai depan Zon Ria tu sekitar pukul 5.30. Abah atau Pak din datang ambik. Sampai  rumah, sibuk nak menyiram pokok bendi sebanyak 8 pokok dan juga pokok Roselle yang nak berbuah dah tu. 6.00 petang sibuk nak tengok Jejak Rasul pulak dah. Seronok tengok kali ini sebab ditunjukkannya budaya berpuasa orang-orang Arab di Jordan, Palestin serta orang-orang yang buat umrah di Mekkah dan Madinah. Bila la dapat pergi ke sana semula. Sekitar 7.00 petang ke rumah abah berbuka dengan Mama dan 2 hero. Tidur dalam pukul 10 malam selepas selesai Isyak. Solat terawih kadang cukup, kadang tak cukup sebab mengantuk sangat. Cuba juga bangun tahajjud pukul 4.00 pagi. Tapi selalunya pukul4.30 baru nak solat. Mengantuk sungguh. 5.00 pagi berjalan bersama hero ke rumah abah untuk bersahur. 5.50 balik ke rumah dan bersiap untuk solat dan pergi kerja. Selalunya kalut bila nak sidai baju waktu pagi. Tengok-tengok jam dah 6.45, sedangkan baju masih lagi tak bersidai di ampai. Alhamdulillah semuanya ok dan berpuasa dgn jayanya. Cumanya kali ini kurang membaca Quran.

Semoga menemui lailatul qadar yang sungguh mulia itu!!!!

Tuesday, 16 July 2013

Semangat nak menulis artikel utk jurnal

Alhamdulillah kertas kerja yang bertajuk 

 

Do You Facebook? Usage and Applications of Facebook Page among Academic Libraries in Malaysia/AR Riza Ayu and A. Abrizah 


yang dibentangkan di A-LIEP 2011 telah di terbitkan dalam The International Information & Library Review, 2011

Do you Facebook? Usage and applications of Facebook page among academic libraries in Malaysia

AR AyuA Abrizah - The International Information & Library Review, 2011 - Elsevier

Kalau lihat citation pun dah bertambah. Sehingga kini dah ada 9 paper yang cite artikel ini pada bulan Julai 2013. 

Do you Facebook? Usage and applications of Facebook page among academic libraries in Malaysia

AR AyuA Abrizah - The International Information & Library Review, 2011 - Elsevier
... Cover image. Do you Facebook? Usage and applications of Facebook page among
academic libraries in Malaysia. ... Findings. Research question 1. What are the extent and
nature of institutional Facebook use by Malaysian academic libraries? ...


Memang hati berbunga-bunga la kan. Itulah penyebab bertambah semangat nak menulis paper.

Wednesday, 10 July 2013

1 Ramadhan 1434 (Hari pertama puasa 2013)

Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini bermula puasa untuk tahun 2013. Hari Rabu. Cuba untuk mempertingkatkan amal pada Ramadhan kali ini. Memberi hadiah untuk staf BPM seorang satu kotak kurma Deglet annour. Dapat juga hadiah dari ASTAKA sekotak kurma BAM.
Alhamdulillah kedua-dua hero juga telah belajar berpuasa. Farhan ok sahaja bersahur tadi. Cuma Fahmi macam buat hal sikit pada awalnya. Tapi bila akhirnya berlalu dgn bersemangat. Memang sahur seronok sebab berpeluang bersahur bersama abah dan mama tercinta. Cuma hubby sahaja yang tiada. In Sha Allah hari Sabtu nanti baru bersahur bersama.

Monday, 17 June 2013

Mesti rajinkan diri menulis catatan kembara

Membaca cerita orang-orang yang mengembara di dunia Allah ini membuatkan diri ini bersemangat untuk menulis kembali cerita kembara saya. Paling penting, saya mesti mencatat tempat2 yang telah  pergi. Waktu berjalan mesti catat tarikh, masa, nama tempat, pengangkutan yang digunakan, tambang, currency rate waktu tu, nama stesyen keretapi yang disinggahi...Nak mengingat kembali memang susah kalau tidak dicatatkan waktu perjalanan dibuat.

Contoh paling mudah perjalanan ke bumi Eropah pada  September 2013. Segala resitbil, tiket disimpan. Tapi sebab tak mencatat langsung/ atau tak lengkap, sukar untuk mengingatkan kembali perjalanan tersebut. Ada juga mencadangkan agar ambil gambar stesyen yang telah disinggahi. Mungkin buku "Kembara Sastera"  oleh Nisah Haron patut menjadi panduan untuk diri ini rajin menulis catatan kembara. Seronok membaca kembara beliau pada tahun 2010 ke UK dan Dublin.
Buku Kembara Sastera yang dibeli semasa Pesta Buku Kuala Lumpur 2013 pada bulan  April  lalu.

Tuesday, 4 June 2013

Bershopping di Kota Paris?? betul ker???

Membaca tajuk ni macam membeli barang kat sana berpuluh ribu. Tapi yang pasti saya menyesal sungguh2 sebab tak bershopping sakan...boleh camtu...penyedap hati kononnya yang tu boleh jadi alasan untuk pergi bershopping lagi...

Beberapa perkara yang terkilan:
1) Tak beli beg Longchamp
Memang bila balik malam tu, dah siap menyesal..why...why ....awat tak beli...awat tak beli...nasi dah jadi bubur...nak kata apa lagi...esok pagi2 nak naik train pukul 7.00 am kat Gard de Lyon...memang bye-bye jer la kat bag Longchamp. Ditambah menyesalnya bila tgk kat butik Longchamp kat ISETAN aduyai...harganya 3 kali ganda dari harga kat Paris...mahal melampau sungguh. Kat sana harganya baru E40/50/60= RM160/200. Kat sini dijualnya RM450.

2) Langsung tak beli handbag full leather
Lagi sekali why...why...pilih punya pilih...last2 satu apa pun tak beli...konon nak beli yg berkenan di hati...aleh2 satu pun tak beli...

3) Tak beli perfume yg mmg asal dari France
Patutnyer beli la Chanel no. 5 tu...tak beli jugak...agaknya gelap mata kot. Dah masuk butik L'Occitine tu pun makcik ni tak beli perfume dia...lagi why...why...Mr Hubby yang beli perfume L'Occitine

4) Beberapa perkara lagi
Mungkin juga ia petanda yang saya perlu pergi lagi ke kota dunia ini....mungkin...In sha Allah...walapun ia tak sebersih kota swiss tapi budaya dan sejarahnya begitu menarik..mahu kalau duduk seminggu pun saya sanggup...suka la...


Paris - I'm in luv

Hari ni 21/12/12 baru nak menulis pasal Paris. Kota dunia ini yang sememangnya amat terkenal, akhirnya dapat juga dilihat dengan mata kasarku ini pada September 2012. Akhirnya berjaya juga aku menjejak kaki di  kota ini. Alhamdulillah.

Semalaman berada dalam keretapi Munchen to Paris. Mulanya ingatkan keretapi duduk macam keretapi biasa yang dinaiki. Rupanya sebilik berenam. Memang teramat tak selesa sebab berhadapan 3-3. Kalau kena depan tu mat salleh yg big size, memang nak letak kaki tak selesa sangat. Masuk dalam compartment tu, tengok dah ada 3 org...2 budak cina dan 1 orang mat salleh perancis. Duduk juga dalam compartment tu, nak ke mana lagi. Nak tidur dulu sebab mengantuk sangat. Terbangun awal pagi...solat jamak maghrib dan isyak...kemudian solat subuh.

Mulanya sangka sampai kul 8 pagi...rupanya sampai Paris pukul 11 pagi...letih jugak nak menunggu sampai Paris..budak cina yang dua orang tu student di Paris...so cakap French dia mmg berabuk...nak cakap English macam tersekat2. mamat sorang tu nampak macam metrosexual punya geng...ingat nak bersembang2 jugak ngan dia tapi eksyen semacam jer...tak tahu la kot..maybe cakap english tak berapa kot..

Tak perasan pulak rupanya gerabak yang kami naik tu dah jadi gerabak terakhir..semalam masa naik rasanya ada lagi 2,3 gerabak lagi...rupanya gerabak2 tu semua dah diceraikan kat mana tah. Patutla masa nak naik tu kena tengok no. gerabak dan tempat /destinasinya...kalau tidak ditinggalkan sebelum sampai ke tempat yang dituju apabila gerabak diceraikan.

Sampai di Stesyen  Paris (kena check specific train station nama), dah jadi macam rusa masuk bandar la...tak tahu nak ke mana..takper apa-apa pun rehat sekejap...makan roti dan air choclate panas. Mr Hubby pergi tanya train/metro yang perlu dinaiki untuk ke hotel kami. Nama hotel (?). Beli carnet berjumlah 10 dengan harga E?

Bersawang lagi....pasal apa ni???

Sedar tak sedar rupanya dah setengah tahun tak menulis dalam blog tercinta ni...kenapa yek? Tak ada alasan apa...yang pasti sifat malas nak menulis. Blog ini pun dah lama tak dijengah. Aduhai kenapa la penyakit malas ni singgah di sini???
Ok...la ni bila tengok balik blog saya ini, rupanya ada janji yang masih tak tertunai...perjalanan ke 3 negara Eropah bulan 9 tahun 2012 masih tak habis...aduhai apapasal la tak tertulis2 jugak..katanya nak upload jugak gambar bersama perjalanan...aleh2 tak tertulis langsung. tahun in sebenarnya ada 3 tempat dah dijelajahi...Hadyai, Singapura dan juga negeri di bawah bayu, Sabah. Yang agak teruknya satu apa pun tak ditulis mengenai perjalanan ini. Tarikhnya pun dah tak ingat. Lain kali mmg kena ambik nota setiap kali perjalanan. Tulis nama tempat dan sampai bila. Bila dah berbulan-bulan ni mmg la dah tak ingat lagi...geram kat diri sendiri sebab tak menulis...