Suasana pagi ini macam menghibakan saja. Hujan rintik-rintik. Sampai di ofis pun, dah berkurangan staf yang datang kerja. Tambah esok, Rabu mungkin lagi sunyi. Orang-orang luar Penang rasanya dah mula bercuti. Hari ini dapat berita baik-tawaran untuk pergi ke IFLA di Singapore. Ditolak minta ganti dengan orang lain. Memang dah tekad tak nak pergi sebab nak pergi tahun depan...in sha Allah ke Lyon, France. Tambah pula penat balik beraya ke Johor pun tak habis lagi waktu. IFLA tu bermula dari 17-23 Ogos. Memang dah terbayang penatnya. Aduhai. Takper...moga ia menjadi rezeki untuk orang lain ke sana.
Lagi setengah jam nak balik...tak sabarnya nak tunggu...sebenarnya bukanlah seronok nak raya sangat. Seronok sebab nak bercuti lama-lama...walau pun rasa macam penat sebab nak buat macam-macam perkara tapi rasanya lebih seronok buat kerja penat tu dari berada di ofis yang membosankan ini.
No comments:
Post a Comment