Thursday, 1 August 2013

1 Ogos 2013/ 23 Ramadhan

Alhamdulillah dah berpuasa untuk hari ke 23. Cepat juga masa berlalu. Seronok tengok telatah anak-anak berpuasa. Fahmi berbuka dengan murtabak setiap hari. Dia cukup seronok kalau dapat sayur salad sebagai side dish. Farhan pula dengan nasi putihnya sahaja. Padahal tokwannya buat segala nasi minyak tomato, bukhari, briyani dan macam-macam dia tak nak.

Rutin harian sepanjang Ramadhan. Hari bekerja- keluar rumah sekitar 6.50 pagi. Selalunya Zuhdi datang dalam pukul 7.00. tapi sebab dia F1 driver, sampai ofis sekitar pukul 7.35. Setengah jam sahaja ke USM dari depan longwan tu. Hebatkan... Tengahari, rehat pukul 1 tgh, pergi bertandang ke bilik Yati selama 1 jam atau kekadang sampai 1 jam 30 minit. Keluar ofis dalam pukul 4.30 petang. Katanya waktu anjal. Sampai depan Zon Ria tu sekitar pukul 5.30. Abah atau Pak din datang ambik. Sampai  rumah, sibuk nak menyiram pokok bendi sebanyak 8 pokok dan juga pokok Roselle yang nak berbuah dah tu. 6.00 petang sibuk nak tengok Jejak Rasul pulak dah. Seronok tengok kali ini sebab ditunjukkannya budaya berpuasa orang-orang Arab di Jordan, Palestin serta orang-orang yang buat umrah di Mekkah dan Madinah. Bila la dapat pergi ke sana semula. Sekitar 7.00 petang ke rumah abah berbuka dengan Mama dan 2 hero. Tidur dalam pukul 10 malam selepas selesai Isyak. Solat terawih kadang cukup, kadang tak cukup sebab mengantuk sangat. Cuba juga bangun tahajjud pukul 4.00 pagi. Tapi selalunya pukul4.30 baru nak solat. Mengantuk sungguh. 5.00 pagi berjalan bersama hero ke rumah abah untuk bersahur. 5.50 balik ke rumah dan bersiap untuk solat dan pergi kerja. Selalunya kalut bila nak sidai baju waktu pagi. Tengok-tengok jam dah 6.45, sedangkan baju masih lagi tak bersidai di ampai. Alhamdulillah semuanya ok dan berpuasa dgn jayanya. Cumanya kali ini kurang membaca Quran.

Semoga menemui lailatul qadar yang sungguh mulia itu!!!!

No comments: