Monday, 17 June 2013

Mesti rajinkan diri menulis catatan kembara

Membaca cerita orang-orang yang mengembara di dunia Allah ini membuatkan diri ini bersemangat untuk menulis kembali cerita kembara saya. Paling penting, saya mesti mencatat tempat2 yang telah  pergi. Waktu berjalan mesti catat tarikh, masa, nama tempat, pengangkutan yang digunakan, tambang, currency rate waktu tu, nama stesyen keretapi yang disinggahi...Nak mengingat kembali memang susah kalau tidak dicatatkan waktu perjalanan dibuat.

Contoh paling mudah perjalanan ke bumi Eropah pada  September 2013. Segala resitbil, tiket disimpan. Tapi sebab tak mencatat langsung/ atau tak lengkap, sukar untuk mengingatkan kembali perjalanan tersebut. Ada juga mencadangkan agar ambil gambar stesyen yang telah disinggahi. Mungkin buku "Kembara Sastera"  oleh Nisah Haron patut menjadi panduan untuk diri ini rajin menulis catatan kembara. Seronok membaca kembara beliau pada tahun 2010 ke UK dan Dublin.
Buku Kembara Sastera yang dibeli semasa Pesta Buku Kuala Lumpur 2013 pada bulan  April  lalu.

No comments: