Wednesday, 17 October 2012

Bertentang mata dengan Cik Monalisa di Musee Lourve, Paris

Sebagai peminat sejarah dan pembaca buku "Da Vinci Code", tentulah Musee Lourve nak pi jenguk jugak. Memang dari awal, bila dah confirm nak ke paghee ni, Musee Lourve antara tempat yang mmg wajib nak pi selain Eiffel  Tower tu.
Bila dok baca dan cari info, semua asyik dok kata kena beli tiket online dulu...kalau tidak kena beratur panjang nak masuk..katanya ramai sangat orang dok beratur nak beli tiket...beratur panjang dan berjam-jam...tengok kat official website Musee Lourve pun katanya nak kena beli tiket online, pastu kena pi ambik tiket kat tempat2 yang dinyatakan.

Bertentang mata dgn Cik Mona..tak sempat pun nak menghayati mata dia...ramai sangat org nak mengambil gambar kat situ..

Mmg tawakkal sungguh pi musee lourve tu...ajak hubby kata mesti pi  tgk kat sana...kalau boleh beli tiket kat situ kita beli...kalau tak boleh kita jalan keliling luar jer la...mmg tak beli kat website tu sebab kena pi collect kat tempat mana tah...dah la masa kita terhad, dah tu tercari2 tempat tu pulak.. Alhamdulillah pi naik Metro turun kat area tu awal pagi (tak la pagi sangat dalam kul 9.30 kot)...tanya staf kat situ...beratur nak masuk pun 1/2 jam rasanya ...dalam keadaaan hujan rintik ngan angin yg bertiup mcm nak terbang payung2...gigih sungguh makcik ini nak tgk makcik mona...maklumla peminat sejarah kan...pastu beratur lagi 15 minit nak beli tiket...tapi mmg puashati la dpt masuk...bayaran nya pun tak la mahal mcm kat website tu...11Euro jer...hehehe...okla kan...


1/2 hari dok dlm musee tu jer...byk sgt benda yg nak dilihat sampai lenguh kaki2 berjalan nak pi tgk makcik mona tu kat hujung dunia musee...depa purposely letak lukisan tu kat hujung dunia palace tu...sbb org semua pi musee tu nak tgk makcik mona jer..Kalau tak ingat esok nak gerak ke Swiss dan brg apa pun tak beli lagi kat Paris tu mmg nak duduk sampai ptg kat situ...Banyak nak tengok kat Musee tu...lukisan2 sebesar dinding pun banyak...Mmg kena duduk kat situ sehari...maklumla koleksi dia penuh sebesar istana tu...

Mmg terkilan sebab tak habis tengok semua...makcik ni kan peminat sejarah...mmg nak sangat menghayati benda-benda sejarah kat dalam tu...

3 comments:

Ochids said...

Sempat gak masuk me Musee Lourve... saya tak sempat, merayau kat atas ttu sahaja..jumpa Pak Awang, jual keychain,...siap boleh cakap bahasa Melayu lagi ,,Murah murah!,, lima 10 euro... hahha lawak gak!

AzaleaAyu said...

kalau tak peminat sejarah & seni, tak payah masuk la...mmg typical museum....byk lukisan ngan objek2 yg berkaitan sejarah france...mmg org pi musee tu nak tgk makcik mona tu jer...tempat lain ada la 2,3 org jer tak ramai...
keychain apa yg dibeli? menara effel tu ka? ker benda lain...

Ochids said...

aha..key chain effel tower ,,