Monday, 22 October 2012

Jumaat- hari kedua terakhir di Bad Margheteim

Hari ke-6 di Bad Margheteim, Jerman

Kena pulun sungguh menulis entri ini. Beberapa kali dah menulis asyik tak betul jer susunan perkataan..sampai nak kena tulis semula entri ni. Tabik sungguh kat diorang yang rajin menulis dan mengemaskini blog..

Cadangnya Jumaat ni tak keluar ke mana pada paginya. Konon nak tunggu pakwe sorang ni balik awal dari training. Keluar berdua dgn dia nak shopping sedikit barang sebelum bergerak esok ke Stuttgart. Tunggu  punya tunggu...pukul 4.00 baru dia balik...Huwa...huwa...nak beli apa sangat...kedai depa ni dah la jenis tutup kul 6.00. Kalau tahu macam ni baik makcik jalan sorang2 kat bandar tu...Apa nak kata...nasi dah jadi bubur...

Keluarlah kami berdua petang tu ke seberang sana. Ajak hubby melihat pokok epal yang tersusun kat belakang hotel dengan niat nak ambil buah dia jugak utk dibawak balik. Tak kira...bagi tak bagi chek nak bawak balik jugak epal Jerman ni.

Teramatlah seronoknyer dapat memetik epal dengan tangan chek. Memang jakun sungguh la tengok buah epal ni. Sambil tu dok pelik...orang kat sini tak makan ker epal ni...jatuh bertaburan keliling pokok.

Sepanjang sungai kat belakang hotel tu, penuh dengan buah epal. Kalau kat M'sia jangan harap la..dah habis orang kutip dan jual...patut la kat bandar tu hari tu jumpa buah epal ni dibuat balingan jer...tak patut betul depa ni...habis tu sapa nak makan..kiri kanan pokok epal...rupanya ambik la berapa banyak yang kau nak tak der sapa nak marah...cuma mungkin dah jemu ngan epal ni la...

tu rumah2 jiran sebelah hotel yg didiami selama 6 hari...mmg best hotel tu...tenang setenang2nyer...kalaulah boleh duduk sebulan kan best (tak boring ker...taklah...jd lady of leisure sgt best...hehehe)
Depa kat sini memang rajin menanam bunga...bila tengok laman depan rumah macam masing-masing berlumba...sapa bunganya lebih cantik dan menarik...rasanyalah...

Bunga-bungaan yang dijumpai sepanjang jalan...nak jer potong dan masukkan dalam pasu...ader pasu ker...takder...hehehe...saja berangan-angan...Jumpa jugak pokok peach (tak tau la betul ker idaknyer)


Petang tu, bagai dijangka mmg tak membeli apa sangat. Ajak hubby pergi ke pasaraya ala2 Tesco yang dijumpai sehari sebelum tu. Beli anggur, berri merah???, dan peach. Dah jadi berat beg dah ni dengan buah2an...kalau ikut hati nak jer beli banyak lagi...tapi mengenangkan nak mengangkut berkilo2 buah...patut ker...tak patut..

Kedai dah banyak tutup waktu ni...baru kul 6.00...beli bag Esprit kat bandar lama ni...ala dalam RM150 jer. Made in Germany.
Kemudian berjalan ke pekan lama nak membeli pisau yang dihajati. Aalih2 pisau yang dihajati takder stok pulak...apasal tak buat stok banyak2?? Masa nak balik dah letih sampai tak sempat nak singgah supermarket baru tu...ingat nak beli pisau solingen yg agak murah tu ngan beg kain...rugi sungguh tak beli banyak2 pisau tu hari tu...baru RM2 jer kat situ...ala pisau potong buah tu...tapi yg penting jenama nyer dan mmg terbukti keberkesanannyer...

No comments: