Wednesday, 24 October 2012

Stuttgart ke Paris (Part 1)

Perjalanan yang memang sangat jauh. Kalau tengok peta baik pergi ke Swiss dulu sebelum ke Paris. Sebabnyer Swiss tu bersempadan dgn Jerman kat selatan...lebih dekat lagi. Tapi mengikut cerita otai2 tu...lebih baik ke Paris dulu sebelum ke Swiss...maka diikutkan nasihat tu...mmg ternyata betul.

Pukul 9.00 dah bertolak keluar dari Alexa Kurhotel (rupanya Kur bermaksud Spa). Owner hotel yang hantar kami ke stesyen keretapi. Kalau nak jalan tu mmg boleh..tapi dengan beg dah menjadi 4 buah...tak larat rasanya nak mengusung beg ke stesyen k/api.

Mesin tiket automatic kat Bad margheteim...mujur ada English...kalau tak menggagau nak beli tiket..tapi tiketnyer dah ada pun...beli online kat M'sia. Bad Margheteim- Lauda- Stuttgart. Oleh kerana k/api akan datang kul 11.00 ke Lauda, masih ada masa nak jalan-jalan kat pekan kecil Bad. Lagipun setelah ditelek-telek takder pun fridge magnet bertulis Bad Margheteim. Masalahnyer sapa yang nak menjaga bag 4 buah tu...sapa lagi my hubby la...dia kan tak suka berjalan-jalan.

Mujur nak pergi beli FM. Terjumpa pasar pagi yang baru nak mula. Peniaganya orang-orang tua dan org2 perempuan. Tak sempat nak membelek barang-barang jualan di situ. Berkejar masa sebenarnya. dah janji ngan hubby, akan balik ke stesyen tu jam 10.30. Banyak barang yang boleh dibeli kat situ dengan harga murah. Beli bekas kecil tembaga, mainan Farhan dan Fahmi serta kotak pensil besi bertulis Wringleys. Ada satu teko(mcm lampu aladdin tu) pewter/tembaga rasanya...dah pegang pun. Bila difikir berat nak dibawa balik...letak balik...terus ada org lain ambik.

Gambar tu diambil pada petang Jumaat. Di depan dataran inilah pasar pagi tu diadakan. Bila disemak dlm folder gambar, rupanya takder gambar pasar pagi yang diambil
Memang k/api depa sampai tepat pada masanya. Naik sekejap jer. Dalam 15 minit saja rasanya. Dah sampai kat Lauda. Stesyen keretapi nya kecil jer macam stesyen kat Bad margheteim, stesyen yg hujung. Ramai orang menunggu k/api utk ke Stuttgart.Di Lauda tunggu agak lama juga, tak lama pun 15 minit jer...hehehe.

Dalam k/api ke Stuttgart tu, siap berkelah makan nasi bekal lagi...hubby dah lapar katanya. Mujur kami duduk di bahagian bawah. Orang tak ramai sangat kat bawah tu. Memang teringin nak ke atas tapi beg kami sapa nak tengok.

Setelah 6 hari terperuk di bandar kecil Bad Margheteim, akhirnya menikmati pemandangan bumi Jerman sepanjang perjalanan itu dari Lauda ke Stuttgart. Sampai Stuttgart rasanya dalam pukul 1 tgh.

Stesyen k/api Stuttgart waktu malam...jam 1.00 pagi...sangatlah sejuknya..

No comments: