Wednesday, 12 December 2012

Kisah di Stuggart menunggu keretapi malam

Nampaknya mmg nak kena pulun menulis. Tabik untuk mereka yang menulis di blog. Baru sahaja bersemangat nak menulis, mata pun dah nak kuyu. Mungkin saya kena displinkan diri, tidur awal dan bangun awal.

Masih ada janji yang tak tertunai lagi. Nak menulis kembara di Eropah selama 2 minggu. Aduhai bercinta sungguh nak menyiapkan satu-satu entri...baru menulis setakat Stuggart...ada lagi Paris, Swiss, Zurich dan Frankfrut. Okay kita sambung semula cerita di Stuggart ni...

Sepanjang petang di Stuggart, kerjanya masuk, keluar kedai sepanjang jalan di situ. Rasanya bandar2 di Jerman memang perancang bandarnya buat macam tu...senang sangat nak berjalan. Turun keretapi, terus masuk bandar. Kedai-kedai besar dan berjenama memang banyak di sini. Ternampak juga kedai Swatch...tapi nak beli buat apa...kan dah nak ke Swiss...rumah asal jam tu...so tengok jer la...belek2 jugak key chain dan fridge magnet...angkut 2 FM. Cadangnya satu utk Paksu Li dan satu utk diri sendiri.

Masa kat stesyen keretapi tu juga sempat membeli postcard dan poskan utk anakanda di M'sia. Masih ada baki setem yang dibeli di Bad Matghetim hari tu.

Terserempak dengan sale jenama sudu garfu jenama WMF...memang sah la mahal kan...setelah di sale kan pun masih mahal bila convert duit kita. Sudu makan pun sebilah E6 setelah sale...darab ngan duit kita dah jadi RM24...aduhai...tapi beli jugak la 2, 3 batang sudu, senduk kecik...habis jugak la duit RM dalam 150 kot utk benda2 alah tu...nampak jugak periuk yang dijual satu set...ikutkan murah jugak la sebab 4 beradik stainless stain jenama tu baru dalam RM400-RM600. Rasanya kat Malaysia tak dapat la harga macam tu...cumanya nak mengangkut ke Paris dan Swiss la pulak. Terus cancel rancangan membeli belah periuk belanga kat Stuggart.

Solat di bangku kat kawasan park tu. Memang agak meresahkan kerana solat di tempat umum. Masuk jugak ke tandas yg see through tu. silap tak ambik gambar tandas tu. Cuak jugak nak guna. Tapi sebab kesejukan dan nak kencing, tebalkan muka, bayar duit dan masuk. Rasanya bayarannya E2/E1.50. Ambil wudhuk kat dalam tu dengan bekal botol air. Solat jamak qasar zohor dan asar di atas kerusi.




Lepas 8.00 malam takder apa yang boleh dibuat. Kedai semua dah tutup. Nak duduk di luar pun dah semakin sejuk. Balik ke main stesyen. Masalahnya stesyen k/api tu takder tempat duduk. Tercari-cari jugak tempat duduk. Akhirnya keputusan dibuat, masuk McDonald, beli secawan air kopi. Kat Malaysia pun air kopi mmg mahal kat situ, tambahla bila guna Euro. Tapi sebab nak duduk selama beberapa jam dan mengelak kesejukan, keluarkan juga Euro itu sebanyak E3/E3.5. Burger McD ditengok pada harganya macam kat sini jer harganya (of course la duit Euro). Yang pasti memang tak boleh makan. Sah2 tak halal.
Lagi satu bila kami duduk kat satu sudut, datang mamat sorang ni dengan anjingnya. Masalahnya anjingnya itu tak bertali. Di lepas bebas ke sana ke mari sampai kami cuak jugak. Takut2 anjingnya datang ke arah kami. Mujur selepas 30 minit ada orang komplain agaknya, dia kena halau keluar dari premis McD tu.

Duduk di situ, sampai rasa kebosanan jugak. Mr Hubby ajak duduk kat tempat lain. Ok bila dijenguk-jenguk ada tempat untuk menunggu tapi teramat kecil dalam 10 orang sahaja boleh duduk kat tempat tu.Masa tu juga, perut meragam. 2,3 kali ke tandas. Dah sekali masuk E2. Aduhs...adus...tapi dah perut sakit nak buat macam mana...Yang malasnya sebab nak mencuci lepas buang air besar. Airnya dah tentu jugak sejuk...tapi bertahan sebab nak kena istinjak.

Memang jenuh menunggu. Keretapinyer datang pukul 1.30 pagi. Aduhai sejuk kat luar. Dalam tempat menunggu pun tengok berjenis2 orang kat situ. Mungkin jugak pros dan kutu rayau. Tapi agak selamat kat situ. Sebab polis memang sentiasa berkawal di kawasan stesyen. Ada jugak 2, 3 orang yang kena soal dengan polis di situ.

Tempat menunggu keretapi pagi...mengantuk pun ia jugak...letih berjalan seharian....

Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya 1.25 pagi, keretapi yang ditunggu tiba. Ada gerabak tertentu yang perlu dinaiki. Bukannya boleh naik sebarangan. Tambah pulak di tiket dah ditulis no gerabak dan tempat duduk. Ingatkan duduk berdua macam keretapi biasa, bila dicari-cari rupanya kena share satu tempat dengan 4 orang lagi. alahai tak bestnyer. Dah ada 3 orang di dalam coach tu. Aduhai.

Monday, 10 December 2012

Satu bandar bernama Stuttgart

Waktu mula-mula sampai kat bandar Stuttgart

Bila sampai ke bandar ini, dah jadi macam "rusa masuk kampung" atau "rusa masuk bandar". Dah tak tahu nak ke mana. Apa pun apply kan  konsep "First come in the end of mind"-betul ker ni..

Simpan beg2 yang dah bertambah gemuk di peti simpanan. Peti simpan barang memang sentiasa ada di stesyen keretapi mereka. Cuma yang tak tahan...syilling Euro yang perlu dimasukkan. Rasanya untuk beg yang besar gedabak tu kami masukkan 6/8 Euro. Memang teramat mahal...tapi nak buat macam mana...sanggup ker nak mengusung beg2 semua tu...tak sanggup...so masukkan duit Euro dan bergerak...

So perkara pertama yang dibuat oleh Mr Hubby, tanya pasal tiket keretapi Stuttgart ke Mertz, Perancis. Kalau ditengokkan peta, Mertz tu jauh lagi dari Paris. Tambangnya pun mahal lagi dari Mertz ke Paris. Jenuh pulak nanti nak menggagau tiket untuk ke Paris. Setelah dibuat edisi siasat di kaunter tiket, rupanya boleh terus ke Paris denga keretapi yang sama. Cumanya nak kena tambah duit lagi. Banyak yang nak kena tambah, tapi tak sebanyak yang nak kena bayar kalau booking melalui online. Ok dah settle bab tiket. Kita boleh pi ronda2 bandar Stuttgart. Jom pi tengok bandar yang terkenal dengan kereta Ferrari ni.

Sampai dah waktu petang...mmg tak banyak maklumat pasal bandar Stuggart ni. Apa lagi bergerak ikut hati la nampaknya. Yang cuma tahu, bandarnya dekat dengan stesyen keretapi. Menyeberang ke pusat bandar melalui jalan bawah tanah...banyak jugak kedai kat bawah tanah tu...singgah sebentar di tandas kat bawah tanah tu.

Ramainya umat bila kami menuju ke pusat bandar tu. Mungkin juga sebab hari Sabtu. Singgah jugak di Tourist Information...tapinyer bila nak beli brosur English, nak kena bayar. Alahai...nak berjalan sepetang sahaja di sini. Nak beli brosur tu macam tak berbaloi pulak...so tak payah la kan...
Muka letih dan boring kerana nak berjalan takder maklumat lengkap mengenai Stuggart

Berjalan terus dan nampak manusia berpusu-pusu sepanjang  jalan itu. Kami berhenti seketika menikmati lunch kami yang dibawa dari Bad Marghetim. Nasi impit berlaukkan serunding serta buah anggur. Amat sedap kerana lapar dan suasana yang sungguh segar di sini.

Bekalan makanan anggur dan nasi impit

Thursday, 22 November 2012

Mesti rajinkan diri

Melihat semula posting kat blog saya...alahai kenapa la saya ni pemalas sangat...masih tak siap-siap entri ke negara atas angin ni...saya janji...saya akan siapkan jugak entri jalan-jalan saya ke europe tu...

Wednesday, 24 October 2012

Stuttgart ke Paris (Part 1)

Perjalanan yang memang sangat jauh. Kalau tengok peta baik pergi ke Swiss dulu sebelum ke Paris. Sebabnyer Swiss tu bersempadan dgn Jerman kat selatan...lebih dekat lagi. Tapi mengikut cerita otai2 tu...lebih baik ke Paris dulu sebelum ke Swiss...maka diikutkan nasihat tu...mmg ternyata betul.

Pukul 9.00 dah bertolak keluar dari Alexa Kurhotel (rupanya Kur bermaksud Spa). Owner hotel yang hantar kami ke stesyen keretapi. Kalau nak jalan tu mmg boleh..tapi dengan beg dah menjadi 4 buah...tak larat rasanya nak mengusung beg ke stesyen k/api.

Mesin tiket automatic kat Bad margheteim...mujur ada English...kalau tak menggagau nak beli tiket..tapi tiketnyer dah ada pun...beli online kat M'sia. Bad Margheteim- Lauda- Stuttgart. Oleh kerana k/api akan datang kul 11.00 ke Lauda, masih ada masa nak jalan-jalan kat pekan kecil Bad. Lagipun setelah ditelek-telek takder pun fridge magnet bertulis Bad Margheteim. Masalahnyer sapa yang nak menjaga bag 4 buah tu...sapa lagi my hubby la...dia kan tak suka berjalan-jalan.

Mujur nak pergi beli FM. Terjumpa pasar pagi yang baru nak mula. Peniaganya orang-orang tua dan org2 perempuan. Tak sempat nak membelek barang-barang jualan di situ. Berkejar masa sebenarnya. dah janji ngan hubby, akan balik ke stesyen tu jam 10.30. Banyak barang yang boleh dibeli kat situ dengan harga murah. Beli bekas kecil tembaga, mainan Farhan dan Fahmi serta kotak pensil besi bertulis Wringleys. Ada satu teko(mcm lampu aladdin tu) pewter/tembaga rasanya...dah pegang pun. Bila difikir berat nak dibawa balik...letak balik...terus ada org lain ambik.

Gambar tu diambil pada petang Jumaat. Di depan dataran inilah pasar pagi tu diadakan. Bila disemak dlm folder gambar, rupanya takder gambar pasar pagi yang diambil
Memang k/api depa sampai tepat pada masanya. Naik sekejap jer. Dalam 15 minit saja rasanya. Dah sampai kat Lauda. Stesyen keretapi nya kecil jer macam stesyen kat Bad margheteim, stesyen yg hujung. Ramai orang menunggu k/api utk ke Stuttgart.Di Lauda tunggu agak lama juga, tak lama pun 15 minit jer...hehehe.

Dalam k/api ke Stuttgart tu, siap berkelah makan nasi bekal lagi...hubby dah lapar katanya. Mujur kami duduk di bahagian bawah. Orang tak ramai sangat kat bawah tu. Memang teringin nak ke atas tapi beg kami sapa nak tengok.

Setelah 6 hari terperuk di bandar kecil Bad Margheteim, akhirnya menikmati pemandangan bumi Jerman sepanjang perjalanan itu dari Lauda ke Stuttgart. Sampai Stuttgart rasanya dalam pukul 1 tgh.

Stesyen k/api Stuttgart waktu malam...jam 1.00 pagi...sangatlah sejuknya..

Monday, 22 October 2012

Jumaat- hari kedua terakhir di Bad Margheteim

Hari ke-6 di Bad Margheteim, Jerman

Kena pulun sungguh menulis entri ini. Beberapa kali dah menulis asyik tak betul jer susunan perkataan..sampai nak kena tulis semula entri ni. Tabik sungguh kat diorang yang rajin menulis dan mengemaskini blog..

Cadangnya Jumaat ni tak keluar ke mana pada paginya. Konon nak tunggu pakwe sorang ni balik awal dari training. Keluar berdua dgn dia nak shopping sedikit barang sebelum bergerak esok ke Stuttgart. Tunggu  punya tunggu...pukul 4.00 baru dia balik...Huwa...huwa...nak beli apa sangat...kedai depa ni dah la jenis tutup kul 6.00. Kalau tahu macam ni baik makcik jalan sorang2 kat bandar tu...Apa nak kata...nasi dah jadi bubur...

Keluarlah kami berdua petang tu ke seberang sana. Ajak hubby melihat pokok epal yang tersusun kat belakang hotel dengan niat nak ambil buah dia jugak utk dibawak balik. Tak kira...bagi tak bagi chek nak bawak balik jugak epal Jerman ni.

Teramatlah seronoknyer dapat memetik epal dengan tangan chek. Memang jakun sungguh la tengok buah epal ni. Sambil tu dok pelik...orang kat sini tak makan ker epal ni...jatuh bertaburan keliling pokok.

Sepanjang sungai kat belakang hotel tu, penuh dengan buah epal. Kalau kat M'sia jangan harap la..dah habis orang kutip dan jual...patut la kat bandar tu hari tu jumpa buah epal ni dibuat balingan jer...tak patut betul depa ni...habis tu sapa nak makan..kiri kanan pokok epal...rupanya ambik la berapa banyak yang kau nak tak der sapa nak marah...cuma mungkin dah jemu ngan epal ni la...

tu rumah2 jiran sebelah hotel yg didiami selama 6 hari...mmg best hotel tu...tenang setenang2nyer...kalaulah boleh duduk sebulan kan best (tak boring ker...taklah...jd lady of leisure sgt best...hehehe)
Depa kat sini memang rajin menanam bunga...bila tengok laman depan rumah macam masing-masing berlumba...sapa bunganya lebih cantik dan menarik...rasanyalah...

Bunga-bungaan yang dijumpai sepanjang jalan...nak jer potong dan masukkan dalam pasu...ader pasu ker...takder...hehehe...saja berangan-angan...Jumpa jugak pokok peach (tak tau la betul ker idaknyer)


Petang tu, bagai dijangka mmg tak membeli apa sangat. Ajak hubby pergi ke pasaraya ala2 Tesco yang dijumpai sehari sebelum tu. Beli anggur, berri merah???, dan peach. Dah jadi berat beg dah ni dengan buah2an...kalau ikut hati nak jer beli banyak lagi...tapi mengenangkan nak mengangkut berkilo2 buah...patut ker...tak patut..

Kedai dah banyak tutup waktu ni...baru kul 6.00...beli bag Esprit kat bandar lama ni...ala dalam RM150 jer. Made in Germany.
Kemudian berjalan ke pekan lama nak membeli pisau yang dihajati. Aalih2 pisau yang dihajati takder stok pulak...apasal tak buat stok banyak2?? Masa nak balik dah letih sampai tak sempat nak singgah supermarket baru tu...ingat nak beli pisau solingen yg agak murah tu ngan beg kain...rugi sungguh tak beli banyak2 pisau tu hari tu...baru RM2 jer kat situ...ala pisau potong buah tu...tapi yg penting jenama nyer dan mmg terbukti keberkesanannyer...

Wednesday, 17 October 2012

Bertentang mata dengan Cik Monalisa di Musee Lourve, Paris

Sebagai peminat sejarah dan pembaca buku "Da Vinci Code", tentulah Musee Lourve nak pi jenguk jugak. Memang dari awal, bila dah confirm nak ke paghee ni, Musee Lourve antara tempat yang mmg wajib nak pi selain Eiffel  Tower tu.
Bila dok baca dan cari info, semua asyik dok kata kena beli tiket online dulu...kalau tidak kena beratur panjang nak masuk..katanya ramai sangat orang dok beratur nak beli tiket...beratur panjang dan berjam-jam...tengok kat official website Musee Lourve pun katanya nak kena beli tiket online, pastu kena pi ambik tiket kat tempat2 yang dinyatakan.

Bertentang mata dgn Cik Mona..tak sempat pun nak menghayati mata dia...ramai sangat org nak mengambil gambar kat situ..

Mmg tawakkal sungguh pi musee lourve tu...ajak hubby kata mesti pi  tgk kat sana...kalau boleh beli tiket kat situ kita beli...kalau tak boleh kita jalan keliling luar jer la...mmg tak beli kat website tu sebab kena pi collect kat tempat mana tah...dah la masa kita terhad, dah tu tercari2 tempat tu pulak.. Alhamdulillah pi naik Metro turun kat area tu awal pagi (tak la pagi sangat dalam kul 9.30 kot)...tanya staf kat situ...beratur nak masuk pun 1/2 jam rasanya ...dalam keadaaan hujan rintik ngan angin yg bertiup mcm nak terbang payung2...gigih sungguh makcik ini nak tgk makcik mona...maklumla peminat sejarah kan...pastu beratur lagi 15 minit nak beli tiket...tapi mmg puashati la dpt masuk...bayaran nya pun tak la mahal mcm kat website tu...11Euro jer...hehehe...okla kan...


1/2 hari dok dlm musee tu jer...byk sgt benda yg nak dilihat sampai lenguh kaki2 berjalan nak pi tgk makcik mona tu kat hujung dunia musee...depa purposely letak lukisan tu kat hujung dunia palace tu...sbb org semua pi musee tu nak tgk makcik mona jer..Kalau tak ingat esok nak gerak ke Swiss dan brg apa pun tak beli lagi kat Paris tu mmg nak duduk sampai ptg kat situ...Banyak nak tengok kat Musee tu...lukisan2 sebesar dinding pun banyak...Mmg kena duduk kat situ sehari...maklumla koleksi dia penuh sebesar istana tu...

Mmg terkilan sebab tak habis tengok semua...makcik ni kan peminat sejarah...mmg nak sangat menghayati benda-benda sejarah kat dalam tu...

Thursday, 11 October 2012

September dan Oktober yg menggembirakan

Ada sahabat berkata...mmg best riza ni...balik jalan2 Europe...konvo dia pulak...mula2 rasa mmg taknak pi dah konvo tu...tapi bukan tiap2 tahun aku konvo...sekali seumur hidup konvo sarjana...letih mmg agak letih sgt...balik sampai ahad petang...isnin rehat kejap...selasa petang konvo kat UM.
Kena cerita konvo kat entri baru ni...:)

Friday, 21 September 2012

Hari Khamis di Bad Margheteim

Pagi ni dah siap awal...sbb ingat nak pi market pagi dan naik basikal. dah tanya kat owner hotel...katanya sewa basikal E6 perday...semangat bukan main nak berbasikal keliling pekan kecil ni...bila dicuba...ala pasal apa tak bergerak pulak basikal ni???...1) Mungkin tak biasa ngan jenis basikal...2) Lama tak naik basikal...jadi kekok la pulak...dah cuba try test...keputusannya tak payah berbasikal la...berkaki sahajalah...risau gak pasal nak berbasikal sorang2...kalau jatuh nanti...diri sendiri susah...tak pasal2 nak kena bayar gantirugi basikal pulak...sapa yag susah...aku jugak...


Berjalan ke Park tu sorang2...seronok sebab sejuk dan tenang..terasa mereka bukan Islam lebih menghargai alam pemberian Allah...menjaganya dengan begitu baik...Tenang sangat...taman bukan setakat taman...banyak aktiviti yg dibuat kat taman tu...dah tu banyak pusat aktiviti utk penggunanya...terfikir agaknya aku kalau duduk sebulan kat sini...kurusnya...berjalan tiap2 hari patu makan pun muesli jer setiap hari...mmg kurus...tak payah buang duit beli segala produk kuruskan badan dan jaga kesihatan tu...



Wednesday, 19 September 2012

Scholass und Scholassgarten Weikersheim

Hari Selasa

Cadang nak keluar awal ke istana lama ni...tapi tengok jadual kalau ambik yg pukul 9.30 tak sempat dah...so ambik yg pukul 11.20...
Menggagau jugak nak beli tiket...first time kan...mujur ada yg version English...kalau tak lagi menggagau...okla naik k/api tu...sampai kat steseyen Weikersheim dah tak tau nak ke mana. cuma ingat petua owner alexa ni...belok kiri dan jalan terus....jalan terus...tak nampak pun lagi...rupanya dia dikelilingi rumah2 kedai zaman dulu2...mmg tak nampak...cuma nampak menaranya sahaja...betul2 macam cerita lord of the rings...

Ambik tiket masuk E5.50...parah gak...tiket sahaja dah RM22...tapi bila ingat bukan nyer nak mai dah dah...pejam mata...hulur duit beli tiket...included juga tour guide...tapi bahasa deutch...huwa...huwa...nak buat camna...dia bagi buku panduan bahasa inggeris...tapi ringkas sgt...nak tanya kat guide tu dia bukannya gheti sangat cakap english...sgt tak puashati sebab banyak persoalan nak tanya pasai istana tu...

Terfikir jugak kalau aku hidup zaman tu...mmg a gamaknya jadi hamba/kuli batak femily raja tu...tapi rasanya life kat dlm istana tu sungguh membosankan...dgn batu...kalau musim sejuk...depa raja2 tu takpa la ada org dok peridup api tapi rakyat marhain...tu yg mati kesejukan tu...yg kelakarnya dalam bilik raja/permaisurinyer penuh ngan lukisan...agaknya dia hidup tak kemana...dok dalam istana tu jer..tengok ada mainan macam congkak tapi lubang 6 sahaja..

Balik naik train pukul 4.19...jenuh jugak tunggu train sebab sampai awai kat steseyen tu...dalam 3.30...takut dok lghalit nanti terlepas train pulak...tapi mmg senang nak ke mana2 dgn k/api...Beli kenangan sahaja pun dah RM50...ala benda2 mcm fridge magnet, penanda buku...dah tiap satu E3...mmg sah2 tiap2 satu RM12 paling kurang...tapi bila ingat bukannyer nak datang agi tempat ni...beli jer la

Malam pi dinner ngan bos kualiti...Dr. hasselman ngan isteri...nice person yg tka sombong...open minded...faham pasal islam dan halal...dinner kat Schuck...kekok gak nak makan...tapi tengok dia makan ngan tangan roti kira kita pun ikut dia jugak la...dia pilihkan vegetarian...oklah...sedap gak...
appetiser- roti perancis ngan tomato dipotong2
main course- kentang dan sayur di masak/digoreng dgn olive oil..sedap gak..cuma sebab dah kenyang ngan roti dan portion dia besar...

Tuesday, 18 September 2012

Hari kedua di pekan kecil ini


Gambar: Hotel Kurhotel Alexa

Pagi bersarapan dalam pukul 7.15. Breakfast agak awal kerana Mr. Hubby nak kena pergi dalam kul 7.45...colleque dia pickup kat depan hotel. Org paling awal breakfast...

As usual, breakfast typical western...roti, jam (hahaha...mana ada kaya), telur separuh masak/ omellette...tak berani nak ambil sbb rasa macam bercampur ngan segala yg tak halal...bijirin buah,buah2an, sosej...sah2 sosej tak halal...tak kisah sebab mmg kalau kat Malaysia pun tak makan sosej bagai tu...

Dalam dilema nak pi berjalan sorang-sorang atau nak duduk dalam bilik saja...keputusan yg dibuat tidur dulu...nanti bangun pergi berjalan...

Dalam pukul 1.00 ptg, baru keluar sorang2...cuak jugak...tawakkal pada Allah...bandar Bad Margheteim ni kecil jer...rasanya macam lebih kurang pekan Kulim sahaja...cuma uniknya sbb banyak bangunan zaman 1600, 1700  masih ada dan masih digunakan...

Ternampak  kedai makan Nordsee yg diperkatakan oleh forum cari..tak berani nak masuk sbb sorang-sorang...pergi ke kedai Muller...mcm supermarket mini...beli coklat dan air evian...nampak kat kedai ni ada jual berjenis2 minyak wangi...tu pun tak tau nak beli yg mana satu...

Tengok juga kedai2 jual baju...ada yg harganya mampu beli...tapi terfikir nak beli ker nak penuhkan beg pulak...teringin nak bei baju penutup luar tu...tapi dalam E15= RM60...alahai kat Malaysia nak cari yg murah...kat sini ambik kau...murah2 pun 10...dah RM40 tu...

Beli jugak pisau jenama Zwilling (ala yg ada lembaga kembar 2 tu)..2 pisau dlm E9.90...dah RM40 utk pisau...tak pasti kat Malaysia brp harganya...tapi yg pasti mmg mahal sampai tak pernah tengok...(sindrom tak mau tgk nanti kecewa tak mampu beli). Beli satu bilah lagi jenama Solingen..E8.90. Tengok ada jugak jenama Victronix...jenama Swiss...dlm E3..ingat nak beli buat hadiah...tapi dah nak pi Swiss baik beli kat sana...jgn lebih mahal sudah...balik hotel tgk kat box pameran dia ada jugak jual jam Victronix ni...Siap ada ukir nama Alexa...dlm E3.9...tgkla nnati mungkin nak beli jugak kot...

Beli peket kain ada wangian yg cantik , E2...rasa macam membazir beli pek kain sampai RM8...tapi bau lavender dia best...tu yg beli tu...kenangan...

Balik ke hotel...abg dah ada kat hotel...malam tidur awal sebab dua2 orang letih...masih terikut jam malaysia...dah pukul 2 pagi masa jam 8 malam kat sini...



Monday, 17 September 2012

Hotel Kurhotel Alexa, Bad Marghetim

Sebelum sampai hotel yg duduk, kagum jugak ngan kebersihan jalan2 kat sini...Kami dibawa melalaui highway baru kata drebar tu...No toll...mmg best...No speed limit...negara maju katakan...semua org (90% kot) dah boleh fikir sendiri...kalau jadi apa2 hukumannya mungkin amat berat.

Sepanjang jalan, ternampak ladang2 jagung dan kebun2 sayur...Juga ternampak pokok epal liar kat tepi2 jalan...macam org jakun tengok pokok epal...

Kami sampai kat Hotel Alexa ni dalam pukul 9.00 pagi. Cute dan mendamaikan.3 tingkat hotel. Family business. Husband and wife yang manage hotel ni. bila masuk...katanya bilik tak ready lagi. suruh kami pi breakfast dulu...mmg rezeki jgn ditolak...tak tau la masuk bil atau free...tapi mmg setelah makan2  breakfast pukul 5.00 pagi kat atas flight nak minum sesuatu yg panas...org dah peawa...kita pun makan la...typical western breakfast...perut dah kenyang...tapi tengok ada homemade jam...ambik jugak 3keping roti yg ada kismis ngan bijirin...teringin nak ambik muesli dan bijirin tapi dah kenyang sebenarnya. Takpa esok boleh makan lagi...

Kami dilayan oleh owner hotel sendiri...nampak macam semua dia yg buat sendiri...masak2...kemas2 bilik...mmg personal tourch la...Kami diberi tingkat 3. kat luar nampak macam loteng jer bilik tu...tapi yg bestnyer ada anjung utk berehat2...mmg lokasi yg best utk honeymoon...bilik pun luas...
alhamdulillah...nikmat yg engkau kurniakan kepada kami berdua...

cadang nak tidur sekejap...solat jamak zohor n asar baru keluar nak pi tengok istana lama...owner tu kata naik k/api dalam E1,90 jer...so cadangnya gitu la...bangun petang tengok dah lewat sangat nak ke situ...so jalan2 sajala sekitar bandar kecil ini...

Berjalan selangkah tengok ada pokok epal tepi hotel. Hahaha mmg jakun sungguh la kan...bergambar ngan buah epal. Rasa macam nak petik jer epal2 yg dah merah...tapi kena minta kebenaran ngan tuan dia dulu...nanti nak tanya owner hotel ni boleh tak kami nak memetik epal 2,3 biji..

Sepanjang jalan ke bandar kecik tu...dah jakun pulak ngan rose yg berbagai warna...nikmat Allah kepada mereka...bunga rose warna kuning, merah ang2, merah pink, putih...besar kecil...hahah gila sungguh...jalan2 kejap berenti sbb nak ambik gambar bunga ros...

Self clock yg confuse

Pukul 2.00 pagi tadi dah terbangun...iyala waktu Malaysia 8.00 pagi. Memang waktu untuk membuat aktiviti apa2 yang patut macam makan pagi...belek pokok bunga. Dah terjaga awal2 pagi ni...nak tidur pun tak boleh...nila caranya...tulis blog...ada juga cadangan nak baca artikel yg dah disimpan dalam pendrive...InsyaAllah boleh gunakan masa yg terluang utk menulis satu artikel utk tahun depan..

Semalam cuba utk update post kat blog...waktu tulis tu dah pukul 10 malam waktu sini...kat Malaysia dah pukul 4 pagi...memang mengantuk teramat sangat...

Petang semalam berjalan-jalan ngan Mr. Hubby kat bandar Bad Mar...jalan kaki ke bandar tu...keluar bilik hotel pun dah pukul 4.45 petang...dekat jer ngan bandar dari hotel Kurhotel Alexa. Rasanya dalam 15 minit jalan kaki. Kiranya macam org kaki walking distance ke bandar. Dah namanya hari Ahad...mmg window shopping jer la. Dah tengok ada beberapa barang yg nak beli...antaranya:

1. Handbag- tak banyak design baru...typical europe yg lebih kepada design org tua2. Tapi yg bestnyer harga baru dalam RM400 utk full leather...tapi masalah juga sebab kena careful sungguh sebab banyak kulit babi tu..ternampak satu kedai tu jual jenama Eli... (dah terlupa pulak jenamanya). Kat Malaysia mahal bukan main jenama ni tapi kat sini mmg mampu milik...nak tukar handbag setiap minggu takder masalah.
dok cari jugak jenama Braun Buffel...tapi tak nampak pun...tu kata Mr. Hubby..agaknya kat sini BB tu org tak pandang pun. Kat Malaysia bukan main lagi mahanya kalau full leather.

2. Kasut- boleh beli jugak...tapi masalah sama macam handbag...design pun biasa2 sahaja. yg geram full leather murah...awat kat Malaysia semua ni harga melampau sangat??? Why...why...

3. Pisau jenama German- teringin nak beli satu...tengok jugak kalau harganya below E10, harus ambik satu utk potong macam-macam...

4. Baju2- tengok macam kat kedai2 yg tengok melalui tingkap tu macam ada diskaun 50%...ada yg harga dlm  E9.99...lebihkurang RM40 tu...tengok kalu design ok...nak beli satu...

Akhirnya...sampai jugak ke Bad Margheteim

Bertolak dari Abu dhabi pukul 2.30 pagi waktu Abu dhabi....ramainya umat kat airport tu....awatla tak buat besaq2 macam kat KLIA...mmg KLIA 10x lebih bagus sari airport abu dhabi.

Sampai kat Frankurdalam pukul 6.30 atau7.00...ala airportnyer kecik jer...macam airport Penang...kira tak padan la jumlah kapal terbang yg turun setiap 10 minit. beratur jenuh jugak apabila waktu yg sama flight dari MAS, China Airline juga turun kat waktu yg lebih kurang sama. apa lagi jenuh beratur tunggu nak lepas imigresen...dah ada driver dok tunggu kami...best jugak kan bila kita sampai dah ada org tunggu. Terus dreber bawak ke Bad mar...dalam sejam perjalanan naik kereta. Depa kat sini takder speed limit...bawak jerla selaju mana yg mampu...tapi rasanya kalau berlaku accident...kau tanggung la sendiri...iyala dah kerata boleh bawak 150/160 kalau pelan buat apakan...drebar yg bawak kami tu fasih jugak berbahasa Inggeris...segan nak bersembang sebab ada 2  org chinaman dalam kereta tu...depa dua orang dok kat hotel lain.

Saturday, 15 September 2012

Akhirnya saat itu tiba..

Flight pukul 8.20. Alhamdulillah setelah beberapa bulan saat itu akhirnya tiba. Makan kfc tadi. Menanti utk boarding ke Abu Dhabi. beratur jenuh jugak kat KLIA tu..dalam flight penuh org...kami berdua dok row yg agak kebelakang. Tempat duduk kecik jer...muat2..mmg kalau banding ngan MAS...better MAS lagi...tapi nak buat camna...dah bosnyer nak jugak Etihad...kena la ikut jugak walaupun terpaksa transit kat Abu Dhabi.

Positive note: Kalau tak tahu la kan Airport Abu Dhabi tu macam mana...mmg sesak ngan ramainya umat...dah la tu toiletnyer kurang...trolley susah nak cari...turun naik belok kiri kanan baru jumpa tempat berlepas... dah tu nak kena lalu lagi pemeriksaaan keselamatan...nak kena buka talipinggang. Diri ini kena bukak kasuk lalu kat scanner sebab berbunyi...mmg leceh la transit ni...kalau dapat tidur hotel best la...

Jumpa ramai jugak student Malaysia balik semula kat tempat mengaji depa. Dok ingat budak2 Mesir...rupanya budak2 Malaysia kat LEED n Manchester...rupanya depa tukar flight ambik terus ke Manchester...la tak tau pulak macam tu...ingatkan semua kena pi london..senang la camtu utk depa yg study kat leed ngan Mancester..

Thursday, 13 September 2012

Europe...here I come

Menghitung hari utk terbang ke Germany. Sibuk sungguh menjelang hari keberangkatan. Hari ni meeting ksp. Esok ambassador summit.kena pi dewan budaya. Esok ada bacaan ikrar jugak. Penat sungguh.
Exchange rate pun dah naik. Huwa...huwa..dah jadi 4.1. Rugi banyak ni.

Thursday, 6 September 2012

Final tentatif ke Europe 15/9 - 29/9


Ni tentatif  final  jalan-jalan ke Europe dalam tempoh seminggu (seminggu kat Bad margheteim tu tak kira sebabnyer macam duduk kat bilik hotel jer...tak berani nak jalan sorang2...tgk keadaan jugak):

16/9- 22/9- Bad Margheteim, Jerman (hubby ada kerja kat sini)
22/9 - Bad Margheteim ke Stuttgart, keretapi malam Stuttgart ke Mertz, Perancis
23/9 - Mertz ke Paris (2 jam naik k/api, tapi tiket tak ambik lagi)..., tidur Hotel Alfa
24/9-  Muzium Loeve, jalan2 kat Paris - tidur  Hotel Alfa
25/9 - K/api pagi Paris - Geneva, Geneva- Lauterbrunnen, bermalam di Valley Hostel
26/9 - Naik gunung schiltorn/ Juafrag, bermalam di Valley Hostel
27/9 - Ronda-ronda , perjalanan ke Zurich, bermalam di Zurich
28/9 - K/api pagi zurich ke Frankfrut, bermalam di Frankfrut
29/9- Flight balik ke KL dari Frankfrut

Detail lagi masih tak siap lagi....huhuhu...hubby baru settle hotel kat zurich...mahalnyer mak datuk kat zurich tu...semalam RM350...tapi hubby nak bayar kita ikut jer la....

Rasa macam banyak habis masa kat atas k/api jer...tapi nak buat camna...tak pandai nak cari k/api malam...semua dapat pagi jer...

I

Monday, 27 August 2012

Raya yg x best

Utk sekian kali, terasa raya di johor teramat tak best. Takder siapa utk diziarahi. Semua org sibuk beraya dgn sedara memasing. Kalau selalu akan mengatur jadual ke rumah abang-abang dan kakak-kakak...

Penyakit malas lepas cuti raya

Hari Isnin 27 ogos, kerja hari pertama selepas cuti raya seminggu. Amat malas nak bekerja...kalau boleh nak bercuti duduk rumah mengadap bunga2 ros, bunga melur, pokok beri...membuang rumput keliling rumah...menyiram pokok2...my wish list nak duduk kat rumah...tapi apa kan daya...takder kerja takder duitnyer...

Suasana pejabat tingkat 2 ini pun sunyi sepi lagi...pelajar masih bercuti panjang...minggu depan baru akan meriah suasana dengan pelajar baru dan lama yang kembali ke kampus..

Tuesday, 21 August 2012

Raya ke-3 Beraya di JPO

Kali kedua datang ke jpo. Org dah kurang. Butik coach pun tak perlu beratur utk masuk macam tahun lepas. Mmg dah kata tahun lepas, nak dtg semula tengok Braun BUffel. Tahun lepas tak bukak lg. Kalau x cadang ke Europe, mmg dah angkat satu bb tu.

Monday, 20 August 2012

Balik raya kat johor

Bertolak mlm semalam. Sampai kul 3.00 am. Pagi bertolak pukul 10 pagi setelah sarapan nasi kat rumah. Akan ke rumah saudara di muar dulu sebelum ke kulai.

Banyak membazir makanan. Mana taknya buat lontong  seperiuk tapi nak makan abg sorang. Semua kenyang makan kat rumah org lain3

Friday, 17 August 2012

Confirm pi Stuggart dari Bad Marghetim

Tadi hubby dah beli tiket k/api dari Bad Marghetim ke Stuggart. InsyaAllah akan lepak kat bandar Stuggart dalam tempoh sepetang...ada cadangan pergi ke Heidelberg...tapi tak belek lagi jauh ke tidak dari Heidelbeg ke Stuggart tu...kalau jauh lepak kat Stuggart jer la. Katanya bandar typical europe sahaja di situ. tengokla macam mana...nampaknya tak sampai hajat di hati nak tengok istana fairy tale kat area munich tu..dari munich pun 2 jam...semuanya 4 jam...takper ada rezeki nanti2 boleh datang lagi :) terus mengharap....

Tiket Metz ke Paris...kiv dulu...mahal sangat...maybe beli bila sampai kat sana jer la...

Thursday, 16 August 2012

Iklan raya BERNAS

Mmg menyentuh hati iklan ini...iklan yang dibuat dari hati mmg melekat di hati...rasanya semua yang tengok pasti akan menangis paling tidak menitik air mata...dari mula tengok iklan ni dah keluar air mata...ingatkan diorang berdua berlakon sahaja tetapi mmg depa OKU yang cacat penglihatan dan pertuturan. Katanya diambil dari kalangan anak-anak di rumah anak yatim...semoga iklan ini membuka ramai hati untuk bersedekah kepada rumah anak-anak yatim...

Tabik untuk pengarah iklan ini...Hafiz Ibrahim...ada kata2 mamat ni org PR...tak kisahla apa pun...kalau dah buat perkara baik dan bermutu tinggi..tak kisah la.....mmg terbaek...harap dia gunakan bakatnya utk mengajak org membuat kebaikan...pahalanya sampai selepas mati...

Tuesday, 14 August 2012

Itinery ke Europe (2)

Setakat hari ini;

Tiket dari Jerman melalui Stuttgart ke Paris. Harganya Euro 140 (2 orang)...aduhai tiket k/api saja pun dah beratus2...lagi sekali pengubat jiwa...once in a lifetime...Rupanya tiket tu tak sampai paris lagi...sampai kat tempat bernama Metz. Jenuh la pulak nak cari kat mana la bandar ni...harap2 ada la k/api penyambung ke paris dengan senang...

Confirm : Stuttgart- Metz

Nasi Briyani Brahim utk bekal jalan

Terbaca mengenai kewujudan nasi briyani brahim ini dalam satu travel. Ooo ...ada rupanya nasi briyani segera brahim. tak tahu la pulak..ingatkan brahim ada keluarkan kuah2 kari, kuah satay segera sahaja. Jenuh jugak mencari di tesco, giant...tak berjumpa-jumpa...sampaikan terfikir betul ker orang ni menulis...cari kat Tesco ampang pun tak berjumpa. Akhirnya hari ahad baru ni...membeli barang untuk keperluan raya di Tesco Kulim...terserempak produk brahim yang dicari-cari ....mmg agak mahal...sebungkus hampir RM11.00 (10.90)...tapi kalau fikir beli nasi kat sana pun dah RM50.00 sepinggan...baik la berhabis kat sini RM200 utk nasi ni dari berhabis RM1K kat sana...kan jimat banyak...

Thursday, 2 August 2012

Demam di bulan puasa

Semalam MC sehari. Mmg tak sihat dan tak sedap badan. Rasanya nak tidur sahaja. alhamdulillah dapat berehat setelah diberi MC oleh tuan doktor. Mungkin berjangkit dengan hero kecik kat rumah tu yang dah dua tiga hari asyik batuk...
hari ni pun masih batuk2 dan berhingus...cuma tak teruk sangat...boleh bangun berjalan lagi dan datang kerja lagi..
Hari ni datang dengan abah, mama dan Pakdin...kesian jugak tengok abah memandu...mmg nampak sangat dia dah tak larat..."keawasan"nya memandu semakin kurang...datang nak mengambil cik ein yang baru sampai ke Malaysia..semangat nak balik hari ni sebab nak tengok barang2 kiriman...bag, kain 4 meter, periuk...hehehe...mmg banyak jugak yg dipesan...

Tuesday, 31 July 2012

Patah sayap sayap bertongkat dagu

KHidup perlu diteruskan....
W/p kadangkala terasa kebosanan mengharungi rencah dan rencam suasana pejabat. Perlukah org yg tak layak memohon jawatan diterima sedangkan ia tak nampak  buat apa2

Pertama kali menulis mengunakan phone baru

Monday, 30 July 2012

Itinery saya ke Europe...InsyaAllah

Ini itinery saya ke Europe, sebenarnya 3 negara jer tapi malas nak taip nama ketiga-tiga negara tu, saya anggp ia sebagai Europe, senang cerita.

22/9 (Sabtu) Ke Munich/ Stuggart (masih belum decide lagi)
Pagi dari Bad Margheteim ke Munich/ Stuggart
Petang ronda2 di Munich/ Stuggart
Perjlnan malam ke Paris

23/9 (Ahad) Paris
Check in di Hotel Alfa, Paris
Jalan-jalan sekitar Paris-LV, galleries fayette
Tidur di Paris (Hotel Alfa)

24/9 (Isnin) Paris
Pagi- Muzium Lourve
Petang- Eiffel Tower
Tidur di Paris -Hotel tak tempah lagi...

25/9 (Selasa) -Swiss
Pagi- Perjalanan Paris - Swiss
Check in di Valley hostel, Lauterbrunnen
Jalan-jalan di Interlaken

Tidur di Valley hostel, Lauterbrunnen
26/9 (Rabu) Swiss
pagi- Naik gunung Jufrough/Titlis
ptg- ?
Tidur di Valley hostel, Lauterbrunnen


27/9 (Khamis) Swiss
Pagi -?
Petang- ?
Mlm -Perjlnan Frankfrut

28/9 (Jumaat) Frankfrut
Pagi- Sampai di Frankfrut -check in Hotel Frankfrut
Ptg- ronda2 Frankfrut
Tidur Frankfrut

29/9 (Sabtu) - Pagi Bertolak ke Kuala Lumpur (Home Sweet Home)

Setakat ni:
Hotel- dah ok di Paris dan Lauterbrunen, cuma semlm lagi di paris tak tempah
Perjlnan ke Paris dari Munich/Stuggart, Paris-Swiss, Swiss- Frankfurt tak tempah lagi
Tiket utama- Swiss Pass n Eiffle Tower n Muzium Lourve- belum beli lagi
 
Lain-lain;
Bag- x beli lagi
Makanan- x beli lagi...serunding, nasi impit, brahims
Ubat -tambah stock
 
cukup utk hari ni dulu...nanti2 update lagi...

Minggu ke2 Ramadhan Kareem

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama di minggu kedua Ramdhan..hari ke 9 hari ini. Macam biasa...Ramadhan ini iftarnya berbuka dgn makanan yang abah masak untuk masjid...masih tak faham kenapa abah bersusah payah menyiapkan makanan berbuka untuk masjid pada setiap hari Ramdhan. Makannya memang mewah sangat..tula kalau aku jemaah kat masjid, duduk sorang2...mahu tiap2 hari berbuka di masjid sahaja. airnya sahaja berjenis-jenis...paling minima 3 jenis air...air kelapa, air soya (wajib sbb maksu yg buat), air teh tarik (wajib...abah buat sendiri) dan macam-macam lagi la...Memang mewah sangat makanannya sampai kadang-kadang tak habis. Kekadang bila melihat sisa makanan tu terfikir bagaimana kita di sini sanggup bermewah2 makanan sedangkan ramai lagi yang takder pun makanan nak berbuka...nak ditegur ayah kita...tak ditegur rasa bersalah sangat tengok lebihan makanan tu...

Wednesday, 18 July 2012

Jalan-jalan ke Europe

Baru hari ni mengisi borang cuti...walaupun katanya 2 minggu di sana tapi sebenarnya cuti apply 10 hari jer. Yang bestnyer hari Isnin cuti ganti Hari Malaysia...so cuma apply cuti 9 hari jer...yeay jimat sehari cuti saya. InsyaAllah, saya akan terbang kembara ke bumi Eropah pada 15 September hingga 29 September. Ikut hari mahu nak pi sebulan...tapi apa kan daya duitnya tiada...cutinya pun tiada...sapa nak bagi cuti lama-lama begitu...

2 minggu tu pun agak parah juga RM yang terpaksa dikorbankan.
1) Tiket- naik Ettihad sbb bos Hubby suruh naik flight tu...dapat harga RM3,600 pergi balik. Tambah RM100 untuk in case nak refund. Turun di Frankfrut dan balik jugak di Frankfrut.

2) Tengok2 tiket keretapi dari satu tempat ke satu tempat pun boleh tahan jugak. Mana taknya semuanya Euro bukan RM. Sekarang ni  1Euro tu sama dgn RM4. Memang parah. Tapi sebab nak berjalan once in a life time, pejamkan mata dan slash jer kad kredit tu...

3) Harga makanan pun boleh tahan jugak...tapi takkan la tak makan kot...

4) Hotelnya pun teramat la mahal....hotel kotkaq pun dah RM200...yang berbintang2 tu mmg tak tengok sebab rasa sayang sangat nak keluarkan duit untuk tidur jer...

Setakat hari ni confirm, 3 negara akan dijajah...German + France + Swiss...Itinery tak siap lagi baru 40% siap...

BERSAWANG SUNGGUH BLOG SAYA...

Rupanya pemalas sungguh insan bernama Riza Ayu menulis blog. Bila dilihat kembali, rupanya tahun 2012 tak ader langsung catatannya. Titik. Penamat kemalasan. Mulai hari ini, saya Riza Ayu berjanji akan menulis setiap minggu. Terutamanya bertambah dekat tarikh untuk jalan-jalan ke Europe. Saya berjanji akan mencatatkan segala persiapan saya, barang-barang yang dibeli untuk ke Eropah. Wah, semangatnya makcik ni...

Mungkin juga semangat datang dari Samsung Note yang baru dibeli hari Ahad baru ni 15 Julai 2012. Kopak jugak duit...mana taknya RM1500 + RM300 utk data dari DIGI. Sebenarnya ada dua pilihan, Samsung Note or SIII...tapi sebab dihati dah lama berkenan dengan Note tu, ambil jugak si Note tu...so sekarang boleh rajin tulis dengan guna Note.