Monday, 10 December 2012

Satu bandar bernama Stuttgart

Waktu mula-mula sampai kat bandar Stuttgart

Bila sampai ke bandar ini, dah jadi macam "rusa masuk kampung" atau "rusa masuk bandar". Dah tak tahu nak ke mana. Apa pun apply kan  konsep "First come in the end of mind"-betul ker ni..

Simpan beg2 yang dah bertambah gemuk di peti simpanan. Peti simpan barang memang sentiasa ada di stesyen keretapi mereka. Cuma yang tak tahan...syilling Euro yang perlu dimasukkan. Rasanya untuk beg yang besar gedabak tu kami masukkan 6/8 Euro. Memang teramat mahal...tapi nak buat macam mana...sanggup ker nak mengusung beg2 semua tu...tak sanggup...so masukkan duit Euro dan bergerak...

So perkara pertama yang dibuat oleh Mr Hubby, tanya pasal tiket keretapi Stuttgart ke Mertz, Perancis. Kalau ditengokkan peta, Mertz tu jauh lagi dari Paris. Tambangnya pun mahal lagi dari Mertz ke Paris. Jenuh pulak nanti nak menggagau tiket untuk ke Paris. Setelah dibuat edisi siasat di kaunter tiket, rupanya boleh terus ke Paris denga keretapi yang sama. Cumanya nak kena tambah duit lagi. Banyak yang nak kena tambah, tapi tak sebanyak yang nak kena bayar kalau booking melalui online. Ok dah settle bab tiket. Kita boleh pi ronda2 bandar Stuttgart. Jom pi tengok bandar yang terkenal dengan kereta Ferrari ni.

Sampai dah waktu petang...mmg tak banyak maklumat pasal bandar Stuggart ni. Apa lagi bergerak ikut hati la nampaknya. Yang cuma tahu, bandarnya dekat dengan stesyen keretapi. Menyeberang ke pusat bandar melalui jalan bawah tanah...banyak jugak kedai kat bawah tanah tu...singgah sebentar di tandas kat bawah tanah tu.

Ramainya umat bila kami menuju ke pusat bandar tu. Mungkin juga sebab hari Sabtu. Singgah jugak di Tourist Information...tapinyer bila nak beli brosur English, nak kena bayar. Alahai...nak berjalan sepetang sahaja di sini. Nak beli brosur tu macam tak berbaloi pulak...so tak payah la kan...
Muka letih dan boring kerana nak berjalan takder maklumat lengkap mengenai Stuggart

Berjalan terus dan nampak manusia berpusu-pusu sepanjang  jalan itu. Kami berhenti seketika menikmati lunch kami yang dibawa dari Bad Marghetim. Nasi impit berlaukkan serunding serta buah anggur. Amat sedap kerana lapar dan suasana yang sungguh segar di sini.

Bekalan makanan anggur dan nasi impit

No comments: