Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Monday, 21 June 2010
Hujan oh hujan
Pagi Isnin ini dibasahi dengan hujan yang agak lebat. Agak mendamaikan mendengar alunan hujan yang turun. Seronok juga melihat hujan yang turun membasahi keliling laman rumah. Pasti tumbuh-tumbuhan rumput sekeliling rumah akan tumbuh subur lagi dengan keadaan hujan yang tak henti-henti. Mengapa entri kali ini bercerita mengenai hujan? Entahlah...mungkin agak lama tak menghayati keadaan hujan yang turun menyebabkan aku menulis entri ini. Segar dan damai dengan cuaca yang sejuk ini. Huajn turun juga mempunyai iramanya yang tersendiri.
Tuesday, 15 June 2010
Fahmi dan air kopi
Malihat kartun "Being five" dalam blogku mengenai budak kecik 5 tahun itu mencuba air kopi. Teringat kisah hero kecikku yang kedua memang peminat kopi. Sebelum ini, toknya ada memberitahu si Fahmi suka minum kopi. Aku dan abahnya memang jarang minum kopi. Selalunya abahnya akan minum teh O. Aku pula sesekali akan minum nescafe. Hari tu ke ekspo usahawan di Seberang Jaya, baru aku lihat minat Fahmi dengan air kopi. Biasalah bila ke ekspo, banyak contoh2 percuma akan diberikan kepada pengunjung. Ada satu gerai yang mempromosi kopi mereka- kopi kampung. Memang diakui kopi buatan mereka sedap. Tak ingat apa jenamanya. cumanya diketahui ia agak terkenal di pekan Kupang dan Baling. Si Fahmi sanggup minum dua cawan kecil air kopi yang agak panas. Walau telah diberi amaran air tersebut memang panas, tapi mungkin sebab keterujaannya mendapat air kopi, Fahmi minum juga walaupun panas. Akibatnya, Fahmi sakit lidah beberapa jam selepas itu kerana minum kopi panas. Fahmi oh Fahmi anakku sorang....
Wednesday, 9 June 2010
Menempah tiket kapalterbang dari AA
Agak lama juga tak menempah tiket flight melalui talian ini. Rasanya tahun lepas ada sekali untuk Ami ke langkawi. Untuk diri sendiri dah lama tak buat. Maknanya dah lama tak terbang ke mana2. Tambah pulak ketika cuti belajar ini. Mungkin banyak bercuti dgn kenderaan Kenari sahaja.
Bila Noin minta tolong buat tempahan untuk dirinya dari KL-Penang pada Ogos dan Penang-KL pada Oktober, teringin juga nak membawa hero kecikku menaiki flight. Tambah pulak memang berjanji dgn mereka simpanan tabung tu utk beli tikel kapalterbang. Makanya tempahan dibuat dgn menggunakan kad kredit.
Ah, AA ini mmg jenis cekik darah. Nak menempah pun dikenakan RM5 setiap orang. Makanya 4 orang kenalah bayar RM20 hanya kerana menempah atas talian. Tambahan lagi menempah tempat duduk RM5 setiap orang. Lagi RM20 untuk 4 orang. Itupun ditolak RM20 setiap orang untuk barang2 yang di check-in. Kecuali Noin kena bayar RM40 utk 25 kilo barang. Makan dan insuran pun tak diambil. Setelah semuanya ditambah dan ditolak, perjalanan 4 orang dari Penang-KL pada Oktober nanti berjumlah RM328.
Memang kalau ikut hati dah tak lalu nak naik AA ni lagi. Tapi mengenangkan harganya dan anak2 buat jugaklah tempahan. MAS bila nak buat tambang murah lagi macam tahun lepas? Teringin sangat nak naik MAS tapi alahai tambangnya semua sekali dah beratus2...

Monday, 7 June 2010
Mari berkebun
Entah kenapa begitu semangat nak menanam pokok2 ulam dan herba di halaman rumah. Mungkin sebab dah beberapa kali menarah rumput, sampai tahap tak larat nak menarah lagi...terpaksa meracun pulak kawasan tu. Kali ini bertekad nak menanam pokok ulam pulak...antaranya yang dikenalpasti-cekur dan kunyit. Yang lain tu nanti nak minta makngah dan mama benihnya.
Alhamdulillah abang menolong menyediakan tapak dan dah siap hari ni. Cuma nak letakkan benihnya sahaja. Harap2nya menjadi...
Alhamdulillah abang menolong menyediakan tapak dan dah siap hari ni. Cuma nak letakkan benihnya sahaja. Harap2nya menjadi...
Subscribe to:
Comments (Atom)