Agaknya ada juga library anxiety bagi seorang yang bergelar pelajar. Itulah yang dapat dikatakan pada diriku apabila pertama kali menjejak kaki ke Pustaka itu. Walaupun hakikatnya aku telah bergelar pekerja ilmu di Pustaka hampir 10 tahun. Mungkin juga sebab suasana yang berbeza menyebabkan anxiety tu timbul.
Apa yang dibuat pertama kali masuk ke Pustaka, telefon kawan lama yang berkerja di situ. Hari kedua, cuma membaca akhbar dan mendaftar untuk pengaktifan kad. Apa pun hari kedua dah meminjam buku. oklah bagi seorang pelajar baru. Hari ketiga barulah melihat-lihat rak yang berkaitan dengan subjek. Perlu ingatkan diri...kembali kerja nanti..library tour amat penting untuk semua pelajar baru untuk membiasakan diri dengan suasana Pustaka.
Dapat maklumat dari pelajar, tambang memang RM1.00. Namun boleh digunakan apabila nak balik semula. Rugi bagi diriku sebab aku hanya menggunakan untuk pergi sahaja. Hangus begitu sahaja. Tak patut rasanya. Mudah sungguh keparat membuat duit.
No comments:
Post a Comment