Kali pertama ke kelas dalam minggu kedua (setakat ini kali ketiga). Agak gementar juga nak menggunakan LRT dan bas awam setelah lama tak naik bas ni. Aalhamdulillah segalanya mudah. Cuma kena banyak berjalan kaki turun naik tangga.
Dua kali tukar LRT. Dari Pandan Jaya naik LRT STAR. (RM2.40) Turun di Masjid Jamek, naik LRT PUTRA, turun di Universiti (RM2.00). Naik bas RapidKL (RM1.00).Maklumat dalaman katanya RM0.50 sahaja. Takpa. Hari ini ke kelas akan tanya pemandu RapidKL. Ternampak juga bus Universiti. Tapi tak berani nak naik kerana tak tahu prosedurnya. Nanti nak cuba juga. Turun di Perpustakaan dan jumpa kawan lama
No comments:
Post a Comment