Bila masuk minggu ketiga, terasa amat keletihan bila setiap kali pulang malam. Kalau minggu lepas, setiap kali habis kelas, hubby akan datang ambil. Minggu ini, kerna dia ada hal rasanya balik dengan LRT sahaja. Tapi masyaAllah, letihnya begitu terasa. Mungkin sebab naik turun tangga yang begitu tinggi dan berlari-lari. Mungkin juga usia yang semakin meningkat. Kalau dulu rasanya taklah letih sampai begini sekali. Ialah itu dulu, ketika masih muda, masih simanis 20-an.
Sampai satu tahap, terfikir mengapa diri ini sanggup bersusah payah mengejar ijazah ini sedangkan diri ini dah selesa. Mungkin juga sebab nak menggapai cita-cita yang terpendam suatu ketika dulu.
Minggu in dah mula berkenalan dengan tugasan yang diberikan. Subjek IT yang rasanya agak susah untuk aku nak buat. Yang lain InsyaAllah aku dapat buat dengan baik. Teringat suatu ketika dulu, aku sampai menangis sebab buat tugasan IT.
No comments:
Post a Comment