Friday, 23 January 2009

Pendrive

Tercari-cari pendrive yang baru dibeli. Ada 2 unit. Satu 2 GB dan satu lagi 8GB( baru sangat membelinya bulan Disember yang lalu) Dah cari kat dalam beg. Takkan ada pencuri di tempat simpan barang ketika meletakkan pendrive tu? Harap-harapnya aku tersilap letak. Ya Allah bantulah aku mendapatkan kembali pen drive itu.

Menyampaikan Tugasan

Pengalaman kali pertama menyampaikan tugasan dalam BI. Agak kekok kerana tidak pernah menyampaikan tugasan dalam BI. Segan rasanya menghantar tugasan yang ala kadar itu. Dibandingkan dengan yang lain rasanya, tugasan aku yang paling teruk. Rasa rugi sangat apabila rugi beberapa markah kerana tugasan yang dihantar amat ala kadar. Sepatutnya telah dijangka kena buat dengan cantik. Mengapa tak buat. Mungkin juga sebab dah lama tak bersekolah. InsyaAllah akan buat dengan lebih baik pada masa akan datang.

Friday, 16 January 2009

Minggu ketiga

Bila masuk minggu ketiga, terasa amat keletihan bila setiap kali pulang malam. Kalau minggu lepas, setiap kali habis kelas, hubby akan datang ambil. Minggu ini, kerna dia ada hal rasanya balik dengan LRT sahaja. Tapi masyaAllah, letihnya begitu terasa. Mungkin sebab naik turun tangga yang begitu tinggi dan berlari-lari. Mungkin juga usia yang semakin meningkat. Kalau dulu rasanya taklah letih sampai begini sekali. Ialah itu dulu, ketika masih muda, masih simanis 20-an.

Sampai satu tahap, terfikir mengapa diri ini sanggup bersusah payah mengejar ijazah ini sedangkan diri ini dah selesa. Mungkin juga sebab nak menggapai cita-cita yang terpendam suatu ketika dulu.

Minggu in dah mula berkenalan dengan tugasan yang diberikan. Subjek IT yang rasanya agak susah untuk aku nak buat. Yang lain InsyaAllah aku dapat buat dengan baik. Teringat suatu ketika dulu, aku sampai menangis sebab buat tugasan IT.

Thursday, 8 January 2009

Pengguna Perpustakaan

Agaknya ada juga library anxiety bagi seorang yang bergelar pelajar. Itulah yang dapat dikatakan pada diriku apabila pertama kali menjejak kaki ke Pustaka itu. Walaupun hakikatnya aku telah bergelar pekerja ilmu di Pustaka hampir 10 tahun. Mungkin juga sebab suasana yang berbeza menyebabkan anxiety tu timbul.

Apa yang dibuat pertama kali masuk ke Pustaka, telefon kawan lama yang berkerja di situ. Hari kedua, cuma membaca akhbar dan mendaftar untuk pengaktifan kad. Apa pun hari kedua dah meminjam buku. oklah bagi seorang pelajar baru. Hari ketiga barulah melihat-lihat rak yang berkaitan dengan subjek. Perlu ingatkan diri...kembali kerja nanti..library tour amat penting untuk semua pelajar baru untuk membiasakan diri dengan suasana Pustaka.

Dapat maklumat dari pelajar, tambang memang RM1.00. Namun boleh digunakan apabila nak balik semula. Rugi bagi diriku sebab aku hanya menggunakan untuk pergi sahaja. Hangus begitu sahaja. Tak patut rasanya. Mudah sungguh keparat membuat duit.

Wednesday, 7 January 2009

Bergelar pelajar- hari pertama dgn LRT

Kali pertama ke kelas dalam minggu kedua (setakat ini kali ketiga). Agak gementar juga nak menggunakan LRT dan bas awam setelah lama tak naik bas ni. Aalhamdulillah segalanya mudah. Cuma kena banyak berjalan kaki turun naik tangga.

Dua kali tukar LRT. Dari Pandan Jaya naik LRT STAR. (RM2.40) Turun di Masjid Jamek, naik LRT PUTRA, turun di Universiti (RM2.00). Naik bas RapidKL (RM1.00).Maklumat dalaman katanya RM0.50 sahaja. Takpa. Hari ini ke kelas akan tanya pemandu RapidKL. Ternampak juga bus Universiti. Tapi tak berani nak naik kerana tak tahu prosedurnya. Nanti nak cuba juga. Turun di Perpustakaan dan jumpa kawan lama

Hijrah Kembali ke sekolah 1430/2009

Alhamdulillah. Tahun ini memulakan tahun baru dengan sesuatu yang sungguh bermanafaat. Memulakan tahun baru dengan kembali bergelar seorang pelajar. Setelah 10 tahun bergelar pekerja, akhirnya aku menyambung kembali cita-cita yang tertinggal.

Agak berat sebenarnya untuk kembali ke sekolah setelah lama berada dalam zon selesa. Tetapi dengan rahmatNya, Allah memudahkan aku untuk kembali ke sekolah. Alhamdulillah. Seperti kata suami, diberinya aku cuti belajar dengan berbiasiswa lagi.

Alhamdulillah diberinya juga aku laptop ini yang sememangnya milikku sepenuhnya. InsyaAllah akan lebih rajin menulis dalam blogku ini. Mungkin juga ini azam tahun baru 2009? Yes!!! Mesti