Saturday, 19 December 2009

Apa ada pada Piramid Jalan Matahari

Pergi ke IKEA...Treat utk Umi dan anak2 juga...dapat main2 kat situ dan cuci mata tengok perabot dan barang2 baru kat situ. Cadangnya nak ke tempat piramid malaysia tu pulak selepas solat jumaat.
Dah la puas beratur untuk ke situ...tiba2 nak parking kat convention centre..."we are sorry, this parking is full"...mak datok...bak kata hubby...beribu2 parking kat situ...penuh...can u imagine berapa ramai kat piramid tu...akhirnya ambik keputusan balik jer ke rumah. Mai lain esok atau lusa awai2 parking....ala2 cara naik ke skybridge hari tu...ish2..ish...apa la ada kat situ...

Tuesday, 15 December 2009

cuti-cuti malaysia...part 1: PETRONAS skybridge

Kali ketiga naik benda alah ni...ada ker org malaysia yg lain (kecuali pekerja kat situ la) yg naik benda alah ni sampai 3 kali...tapi yg ketiga ni la yg paling jenuh menunggu tiket

Kali pertama:
rasanya tahun 1999...saja-saja menyibuk kat situ tak tau nak buat apa..ambik tiket dan naik...awal pagi la...rasanya kul 8.00 kot amibk tiket

Kali kedua:
Ketika mengandungkan si Farhan..tahun 2004....bersama abah, aton, taufik dan usamah...saja bawak depa naik bridge tu...abah siap pakai kain pelikat saja...kelakar jer bila tengok gambar tu...ada ka org pakai kain pelikat naik petronas bridge...abah..abah...

Kali ketiga
13/12/2009
Mungkin yang terakhir? we never know what will happen next...
beratur pukul 7.30 pagi...dapat tiket pukul 9.00...jenuh jugak la beratur...siap sound direct kat sorang mamat tu...tiba2 jer mai masuk barisan...apa kehal...org lain penat beratur awal pagi...dia senang2 masuk dok kat barisan yg depan...banyak cantik!!!..apalagi makcik pun sound direct la...malu kat org ramai terus lari ke tempat kat belakang tu...
Naik pukul 11.15..okla bawak 2 hero kecik ni as a treat datang Kl dan 2 org ank menakan dari pokok sena...hantaq poskad petronas brdge lagi..

Masa menulis ni...baru teringat oh...my god...dah pi empat kali la...bukannya 3 kali ...tahun 2004 naik 2 kali ngan group visit USM lib...okla...4 kali...takdernya org malaysia naik sampai 4kali...

Best jugak naik bridge tu...sekali sekala tengok pemadangan dari atas...birdview la katakan..

Bestnyer cuti...cuti...

Disember...bulan cuti-cuti Malaysia...hajat hati nak bercuti-cuti malaysia..tapi hotel penuh lak...ni yg tak best ni...
2 hero sibuk nak pi duduk hotel...nampak gaya takder harapan la..

Wednesday, 11 November 2009

Ada lagi satu...kertas

11/11/09...Cantik tarikh hari ini...disedari ketika menulis tarikh exam untuk hari ni...kertas kedua terakhir untuk semester ni...semester depan...sah takder exam...tapi...kena rajin menulis...tak sabar nak balik...nak habis exam.. dan jumpa 3 hero kecik kat rumah tu...miss them so much...bahana exam...2 minggu tak jumpa depa...

tahun baru...azam baru...mesti menulis setiap hari...ok...janji...:)

Thursday, 22 October 2009

Kemelut nak menyiapkan tugasan

Lama sungguh tak berblog...mungkin sebab dah ber"facebook" agaknya. Dah jumpa cinta kedua...hahahaa..tak juga...tapi orang selalu menyatakan cinta pertama akan kekal sehingga ke akhir hayat...

Tiba-tiba teringat dekat blog ni yang mungkin dah bersawang...hai malas betul nak menulis..penyakit jugak tu...kagum dgn Prof Kamil yang sentiasa( setiap hari) menulis blog beliau..

Agaknya bila dapat tekanan diri macam hari ni...baru nak menulis...kena displinkan diri menulis ni...mungkin awal pagi macam ni setiap hari??? Ataupun nak kena beli nokia baru yg boleh tulis blog kat phone :)

ini pun sebab nak kena tulis tugasan web 2.0...yang sedang menunggu 10 assignment ...dah ada bahan tapi tak menulis lagi...hai...hai..hai

Friday, 27 March 2009

Friday, 27 February 2009

Liblog

Semenjak melayari maklumat mengenai blog...baru terjumpa satu perkataan "liblog" -istilah untuk blog-blog pustaka. Memang pustakawan-pustakawan di luar sempadan Malaysia rajin menulis malangnya di dalam lingkungan...termasuklah diri ini. Mungkin ada yang menulis dalam blog tetapi berkisar tentang diri sendiri, bukannya mengenai pustaka sendiri.

Terjumpa juga buku mengenai blog pustaka-pustaka di seluruh dunia. Malangnya Malaysia tidak disenaraikan walaupun jiran di selatan tanahair disenaraikan. Cabaran untuk diri sendiri..mungkin tulis blog pasal pustaka dan pengalaman menggunakannya. Lekas...realisasikan ia!!!

Thursday, 26 February 2009

Tugasan blog

Kelas Dr. Abrizah semalam telah diberi tugasan baru. Web 2.0. Diberi tajuk dan pilih salah satu topik Web 2.0. Aku memilih topik "blog". Mungkin lebih dekat dgn diriku.
Sebenarnya aku ini telah mengenali blog sejak tahun 2000 lagi bermula dgn blog Dr. Max (pelajar perubatan di UK-tentang hari-hari beliau sebagai seorang seorang pelajar perubatan di rantau orang). Rasanya sejak dia berkahwin langsung blog tersebut dah tak boleh diakses. Apabila blog mula dikenali dan umum senang mewujudkan blog personal-aku masih tak memulakannya. Hanya baru 2 tahun lepas aku mewujudkan blog ini. Itupun sebab keadaan yang mendesak (ingin meluahkan perasaan) dalam blog. Apa pun aku respect kepada penulis blog...mereka rajin menulis...aku...hahaha..malas betul nak menulis...

Azam tahun baru 2009...rajin menulis di blog..

Wednesday, 4 February 2009

Tugasan

Tugasan telah datang bertimpa-timba(?) sampai tak tahu nak buat yang mana satu. Harap-harapnya dapat buat yang terbaik dan mendapat "A" utk ketiga-tiga subjek. InsyaAllah. Yakin Boleh. Pasti Boleh. Nak kena bagi motivasi kat diri sendiri dulu.

Sah hilang

Memang sah pendrive (2 unit) tersebut hilang diambil oleh pencuri di Pustaka Universiti tertua itu. Terkilan jugak sebab baru dibeli terutama yang satu berkapasiti 8 G. Kesemuanya 10 G. Aku mendoakan orang yang mengambilnya mengembalikannya walaupun tipis kemungkinan nak dapatkannya. Dah tanya Dr., boleh tengok CCTV untuk melihat pencurinya.

Friday, 23 January 2009

Pendrive

Tercari-cari pendrive yang baru dibeli. Ada 2 unit. Satu 2 GB dan satu lagi 8GB( baru sangat membelinya bulan Disember yang lalu) Dah cari kat dalam beg. Takkan ada pencuri di tempat simpan barang ketika meletakkan pendrive tu? Harap-harapnya aku tersilap letak. Ya Allah bantulah aku mendapatkan kembali pen drive itu.

Menyampaikan Tugasan

Pengalaman kali pertama menyampaikan tugasan dalam BI. Agak kekok kerana tidak pernah menyampaikan tugasan dalam BI. Segan rasanya menghantar tugasan yang ala kadar itu. Dibandingkan dengan yang lain rasanya, tugasan aku yang paling teruk. Rasa rugi sangat apabila rugi beberapa markah kerana tugasan yang dihantar amat ala kadar. Sepatutnya telah dijangka kena buat dengan cantik. Mengapa tak buat. Mungkin juga sebab dah lama tak bersekolah. InsyaAllah akan buat dengan lebih baik pada masa akan datang.

Friday, 16 January 2009

Minggu ketiga

Bila masuk minggu ketiga, terasa amat keletihan bila setiap kali pulang malam. Kalau minggu lepas, setiap kali habis kelas, hubby akan datang ambil. Minggu ini, kerna dia ada hal rasanya balik dengan LRT sahaja. Tapi masyaAllah, letihnya begitu terasa. Mungkin sebab naik turun tangga yang begitu tinggi dan berlari-lari. Mungkin juga usia yang semakin meningkat. Kalau dulu rasanya taklah letih sampai begini sekali. Ialah itu dulu, ketika masih muda, masih simanis 20-an.

Sampai satu tahap, terfikir mengapa diri ini sanggup bersusah payah mengejar ijazah ini sedangkan diri ini dah selesa. Mungkin juga sebab nak menggapai cita-cita yang terpendam suatu ketika dulu.

Minggu in dah mula berkenalan dengan tugasan yang diberikan. Subjek IT yang rasanya agak susah untuk aku nak buat. Yang lain InsyaAllah aku dapat buat dengan baik. Teringat suatu ketika dulu, aku sampai menangis sebab buat tugasan IT.

Thursday, 8 January 2009

Pengguna Perpustakaan

Agaknya ada juga library anxiety bagi seorang yang bergelar pelajar. Itulah yang dapat dikatakan pada diriku apabila pertama kali menjejak kaki ke Pustaka itu. Walaupun hakikatnya aku telah bergelar pekerja ilmu di Pustaka hampir 10 tahun. Mungkin juga sebab suasana yang berbeza menyebabkan anxiety tu timbul.

Apa yang dibuat pertama kali masuk ke Pustaka, telefon kawan lama yang berkerja di situ. Hari kedua, cuma membaca akhbar dan mendaftar untuk pengaktifan kad. Apa pun hari kedua dah meminjam buku. oklah bagi seorang pelajar baru. Hari ketiga barulah melihat-lihat rak yang berkaitan dengan subjek. Perlu ingatkan diri...kembali kerja nanti..library tour amat penting untuk semua pelajar baru untuk membiasakan diri dengan suasana Pustaka.

Dapat maklumat dari pelajar, tambang memang RM1.00. Namun boleh digunakan apabila nak balik semula. Rugi bagi diriku sebab aku hanya menggunakan untuk pergi sahaja. Hangus begitu sahaja. Tak patut rasanya. Mudah sungguh keparat membuat duit.

Wednesday, 7 January 2009

Bergelar pelajar- hari pertama dgn LRT

Kali pertama ke kelas dalam minggu kedua (setakat ini kali ketiga). Agak gementar juga nak menggunakan LRT dan bas awam setelah lama tak naik bas ni. Aalhamdulillah segalanya mudah. Cuma kena banyak berjalan kaki turun naik tangga.

Dua kali tukar LRT. Dari Pandan Jaya naik LRT STAR. (RM2.40) Turun di Masjid Jamek, naik LRT PUTRA, turun di Universiti (RM2.00). Naik bas RapidKL (RM1.00).Maklumat dalaman katanya RM0.50 sahaja. Takpa. Hari ini ke kelas akan tanya pemandu RapidKL. Ternampak juga bus Universiti. Tapi tak berani nak naik kerana tak tahu prosedurnya. Nanti nak cuba juga. Turun di Perpustakaan dan jumpa kawan lama

Hijrah Kembali ke sekolah 1430/2009

Alhamdulillah. Tahun ini memulakan tahun baru dengan sesuatu yang sungguh bermanafaat. Memulakan tahun baru dengan kembali bergelar seorang pelajar. Setelah 10 tahun bergelar pekerja, akhirnya aku menyambung kembali cita-cita yang tertinggal.

Agak berat sebenarnya untuk kembali ke sekolah setelah lama berada dalam zon selesa. Tetapi dengan rahmatNya, Allah memudahkan aku untuk kembali ke sekolah. Alhamdulillah. Seperti kata suami, diberinya aku cuti belajar dengan berbiasiswa lagi.

Alhamdulillah diberinya juga aku laptop ini yang sememangnya milikku sepenuhnya. InsyaAllah akan lebih rajin menulis dalam blogku ini. Mungkin juga ini azam tahun baru 2009? Yes!!! Mesti