Friday, 26 September 2008

Countdown raya atau countdown ramadhan yang tinggal

Agak terasa raya kali ini berbeza dengan raya sebelum ini. Kalau sebelum ini, sibuk merancang hari apa nak turun ke selatan dan apa yang nak dibawa balik ke sana. Kali ini macam biasa sahaja...malah langsung tak cuti sehari sebelum raya. Maknanya esok nak raya, hari ini masih lagi berkerja (dgn harapan hari tu kerja separuh hari). Malah siap kerja malam sehari sebelum tu, gigih betul. Kalau dulu rasanya hari Sabtu ni wajib dah ke KL. Terasa rindu jugak nak perjalanan balik ke selatan. Memang berbeza dengan ketiadaan mak. Kalau dulu balik, mak masih sibuk memasak ketupat. Abang ada sebab kuat tak nak balik kali ni. Mungkin jugak sebab virus chikukunya tu masih berleluasa kat sana. Takut anak-anak dapat virus tu. Kesian jugak dekat hero-hero tu.

No comments: