Thursday, 3 April 2008

Ada apa dengan Pesta Buku

InsyaAllah esok akan turun ke KL bersempena dgn Pesta buku KL. Memang rasanya Pesta Buku KL ni dah jadi acara wajib tahunan family saya. Setiap tahun memang acara wajib turun ke KL bila Pesta buku ni berlangsung. Selalunya memang pergi semasa awal pesta. Rasanya cuma tahun 2006 yang tak pergi. Itupun disebabkan ketika Pesta Buku berlangsung saya berada di Holland. entah kenapa tahun 2006, Pesta buku diawalkan. Selalunya berlangsung bulan april. Tapi tahun 2006 hujung bulan Mac.

Ramai juga kawan2 dan saudara-mara tertanya-tanya kenapa kami selalu pergi ke Pesta Buku KL ni?
Jawapannya mudah.
1) Pada masa itulah segala buku dan majalah berada di satu tempat dengan harga yagn berpatutan (murah). Kalau tidah jenuh jugak nak mencari tajuk buku (terutamanya di utara ni). Tambah pulak kalau pergi di awal-awal pembukaan ni, banyak free gift yang dapat.

2) Dapat sign penulis buku yang dibeli...bukan senang nak dapat penulis buku sign buku dia...lagi sekali kat utara ni orang susah nak mai

3) Jarang ada atau takdak langsung Pesta buku besar-besaran kat belah utara ni macam Pesta Buku KL. tak semua penerbit nak mai sebab depa nak kena tanggung kos staf menginap. Kat KL tu macam staf pi kerja biasa jer...

No comments: