Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Friday, 26 September 2008
Sedang dibina
Dari bilik kerja, setiap hari nampak pekerja sedang membina bangunan itu. Akhirnya setalah 7 tahun (rasa-rasanya) bangunan itu dibina. Ternampak kereta-kereta besar keluar masuk setiap hari. Adakah itu kontraktor-kontraktor yang mendapat habuan dari binaan itu? Mungkin bila ia siap, aku tidak lagi menjadi orang pertama melihatnya. Melihat binaan itu dibina bagaikan pengalaman mengandung (rasanyalah).Kayu-kayan bersusunan. Tiang-tiang cerucuk bersusunan. Pokok-pokok ditebang.
Countdown raya atau countdown ramadhan yang tinggal
Agak terasa raya kali ini berbeza dengan raya sebelum ini. Kalau sebelum ini, sibuk merancang hari apa nak turun ke selatan dan apa yang nak dibawa balik ke sana. Kali ini macam biasa sahaja...malah langsung tak cuti sehari sebelum raya. Maknanya esok nak raya, hari ini masih lagi berkerja (dgn harapan hari tu kerja separuh hari). Malah siap kerja malam sehari sebelum tu, gigih betul. Kalau dulu rasanya hari Sabtu ni wajib dah ke KL. Terasa rindu jugak nak perjalanan balik ke selatan. Memang berbeza dengan ketiadaan mak. Kalau dulu balik, mak masih sibuk memasak ketupat. Abang ada sebab kuat tak nak balik kali ni. Mungkin jugak sebab virus chikukunya tu masih berleluasa kat sana. Takut anak-anak dapat virus tu. Kesian jugak dekat hero-hero tu.
Thursday, 3 April 2008
Ada apa dengan Pesta Buku
InsyaAllah esok akan turun ke KL bersempena dgn Pesta buku KL. Memang rasanya Pesta Buku KL ni dah jadi acara wajib tahunan family saya. Setiap tahun memang acara wajib turun ke KL bila Pesta buku ni berlangsung. Selalunya memang pergi semasa awal pesta. Rasanya cuma tahun 2006 yang tak pergi. Itupun disebabkan ketika Pesta Buku berlangsung saya berada di Holland. entah kenapa tahun 2006, Pesta buku diawalkan. Selalunya berlangsung bulan april. Tapi tahun 2006 hujung bulan Mac.
Ramai juga kawan2 dan saudara-mara tertanya-tanya kenapa kami selalu pergi ke Pesta Buku KL ni?
Jawapannya mudah.
1) Pada masa itulah segala buku dan majalah berada di satu tempat dengan harga yagn berpatutan (murah). Kalau tidah jenuh jugak nak mencari tajuk buku (terutamanya di utara ni). Tambah pulak kalau pergi di awal-awal pembukaan ni, banyak free gift yang dapat.
2) Dapat sign penulis buku yang dibeli...bukan senang nak dapat penulis buku sign buku dia...lagi sekali kat utara ni orang susah nak mai
3) Jarang ada atau takdak langsung Pesta buku besar-besaran kat belah utara ni macam Pesta Buku KL. tak semua penerbit nak mai sebab depa nak kena tanggung kos staf menginap. Kat KL tu macam staf pi kerja biasa jer...

Friday, 1 February 2008
A Room with a view
Alhamdulillah, akhirnya 2008 aku dapat bilik yang mempunyai jendela yang membolehkan aku melihat apa yang berlaku pada alam sekitar. Tahun 1999 aku memulakan kerja di bilik gua tu. Memang sebagai staf baru aku tak banyak persoalan. Menerima seadanya. Bagi orang lain mungkin agak merimaskan apabila duduk dalam bilik yang sebegitu. Tapi bagi diriku, lama kelamaan aku jatuh cinta dengannya. Kalau tidak masakan tidak aku berupaya menghabiskan lebih 9 tahun dalam bilik itu.
Aku cuba menghidupkan suasana dalam bilik itu dengan ceria. Pelbagai cenderamata yang berbagai bentuk dan warna. Mungkin dapat diakui papan kenyataan ku amat berwarna warni dan meja kerja ku pun begitu.
Memang agak nostalgia untuk meninggalkan bilik itu. Mungkin sampai aku dihalau dari empunya baru, baru aku dapat mengemas barang. Itu pun mengambil masa untuk cuba mengemas barang.
Bila nak berpindah, ya Allah, banyaknya barangku yang terkumpul selama aku berada di situ. Rasanya 4 kali angkutan, baru selesai. So sekarang berada di bilik yagn mempunyai jendela dengan barang2 yang masih berselerak...

Tahun baru 2008...pertama kali menulis blog
Agak lama tak menulis blog...sejak bulan 10, 2007...mungkin sejak raya tak menulis...
Tahun baru banyak yang berlaku...bos baru yang perangai macam ketam..asyik nak menyepit orang... dan bodoh sombong..konon dia sorang yang pandai segala-galanya.
Dapat tawaran further study dgn biasiswa universiti dalam taman...tapi tak tau bila nak pi...memang kalau ikut hati nak keluar cepat2...tak best dapat bos macam ketam ni...buat kerja pun tak der hati...org putih kata takder passion...
Cuti raya cina ni best...dapat lari dari masalah ni...cuti panjang

Subscribe to:
Comments (Atom)