Monday, 17 June 2013

Mesti rajinkan diri menulis catatan kembara

Membaca cerita orang-orang yang mengembara di dunia Allah ini membuatkan diri ini bersemangat untuk menulis kembali cerita kembara saya. Paling penting, saya mesti mencatat tempat2 yang telah  pergi. Waktu berjalan mesti catat tarikh, masa, nama tempat, pengangkutan yang digunakan, tambang, currency rate waktu tu, nama stesyen keretapi yang disinggahi...Nak mengingat kembali memang susah kalau tidak dicatatkan waktu perjalanan dibuat.

Contoh paling mudah perjalanan ke bumi Eropah pada  September 2013. Segala resitbil, tiket disimpan. Tapi sebab tak mencatat langsung/ atau tak lengkap, sukar untuk mengingatkan kembali perjalanan tersebut. Ada juga mencadangkan agar ambil gambar stesyen yang telah disinggahi. Mungkin buku "Kembara Sastera"  oleh Nisah Haron patut menjadi panduan untuk diri ini rajin menulis catatan kembara. Seronok membaca kembara beliau pada tahun 2010 ke UK dan Dublin.
Buku Kembara Sastera yang dibeli semasa Pesta Buku Kuala Lumpur 2013 pada bulan  April  lalu.

Tuesday, 4 June 2013

Bershopping di Kota Paris?? betul ker???

Membaca tajuk ni macam membeli barang kat sana berpuluh ribu. Tapi yang pasti saya menyesal sungguh2 sebab tak bershopping sakan...boleh camtu...penyedap hati kononnya yang tu boleh jadi alasan untuk pergi bershopping lagi...

Beberapa perkara yang terkilan:
1) Tak beli beg Longchamp
Memang bila balik malam tu, dah siap menyesal..why...why ....awat tak beli...awat tak beli...nasi dah jadi bubur...nak kata apa lagi...esok pagi2 nak naik train pukul 7.00 am kat Gard de Lyon...memang bye-bye jer la kat bag Longchamp. Ditambah menyesalnya bila tgk kat butik Longchamp kat ISETAN aduyai...harganya 3 kali ganda dari harga kat Paris...mahal melampau sungguh. Kat sana harganya baru E40/50/60= RM160/200. Kat sini dijualnya RM450.

2) Langsung tak beli handbag full leather
Lagi sekali why...why...pilih punya pilih...last2 satu apa pun tak beli...konon nak beli yg berkenan di hati...aleh2 satu pun tak beli...

3) Tak beli perfume yg mmg asal dari France
Patutnyer beli la Chanel no. 5 tu...tak beli jugak...agaknya gelap mata kot. Dah masuk butik L'Occitine tu pun makcik ni tak beli perfume dia...lagi why...why...Mr Hubby yang beli perfume L'Occitine

4) Beberapa perkara lagi
Mungkin juga ia petanda yang saya perlu pergi lagi ke kota dunia ini....mungkin...In sha Allah...walapun ia tak sebersih kota swiss tapi budaya dan sejarahnya begitu menarik..mahu kalau duduk seminggu pun saya sanggup...suka la...


Paris - I'm in luv

Hari ni 21/12/12 baru nak menulis pasal Paris. Kota dunia ini yang sememangnya amat terkenal, akhirnya dapat juga dilihat dengan mata kasarku ini pada September 2012. Akhirnya berjaya juga aku menjejak kaki di  kota ini. Alhamdulillah.

Semalaman berada dalam keretapi Munchen to Paris. Mulanya ingatkan keretapi duduk macam keretapi biasa yang dinaiki. Rupanya sebilik berenam. Memang teramat tak selesa sebab berhadapan 3-3. Kalau kena depan tu mat salleh yg big size, memang nak letak kaki tak selesa sangat. Masuk dalam compartment tu, tengok dah ada 3 org...2 budak cina dan 1 orang mat salleh perancis. Duduk juga dalam compartment tu, nak ke mana lagi. Nak tidur dulu sebab mengantuk sangat. Terbangun awal pagi...solat jamak maghrib dan isyak...kemudian solat subuh.

Mulanya sangka sampai kul 8 pagi...rupanya sampai Paris pukul 11 pagi...letih jugak nak menunggu sampai Paris..budak cina yang dua orang tu student di Paris...so cakap French dia mmg berabuk...nak cakap English macam tersekat2. mamat sorang tu nampak macam metrosexual punya geng...ingat nak bersembang2 jugak ngan dia tapi eksyen semacam jer...tak tahu la kot..maybe cakap english tak berapa kot..

Tak perasan pulak rupanya gerabak yang kami naik tu dah jadi gerabak terakhir..semalam masa naik rasanya ada lagi 2,3 gerabak lagi...rupanya gerabak2 tu semua dah diceraikan kat mana tah. Patutla masa nak naik tu kena tengok no. gerabak dan tempat /destinasinya...kalau tidak ditinggalkan sebelum sampai ke tempat yang dituju apabila gerabak diceraikan.

Sampai di Stesyen  Paris (kena check specific train station nama), dah jadi macam rusa masuk bandar la...tak tahu nak ke mana..takper apa-apa pun rehat sekejap...makan roti dan air choclate panas. Mr Hubby pergi tanya train/metro yang perlu dinaiki untuk ke hotel kami. Nama hotel (?). Beli carnet berjumlah 10 dengan harga E?

Bersawang lagi....pasal apa ni???

Sedar tak sedar rupanya dah setengah tahun tak menulis dalam blog tercinta ni...kenapa yek? Tak ada alasan apa...yang pasti sifat malas nak menulis. Blog ini pun dah lama tak dijengah. Aduhai kenapa la penyakit malas ni singgah di sini???
Ok...la ni bila tengok balik blog saya ini, rupanya ada janji yang masih tak tertunai...perjalanan ke 3 negara Eropah bulan 9 tahun 2012 masih tak habis...aduhai apapasal la tak tertulis2 jugak..katanya nak upload jugak gambar bersama perjalanan...aleh2 tak tertulis langsung. tahun in sebenarnya ada 3 tempat dah dijelajahi...Hadyai, Singapura dan juga negeri di bawah bayu, Sabah. Yang agak teruknya satu apa pun tak ditulis mengenai perjalanan ini. Tarikhnya pun dah tak ingat. Lain kali mmg kena ambik nota setiap kali perjalanan. Tulis nama tempat dan sampai bila. Bila dah berbulan-bulan ni mmg la dah tak ingat lagi...geram kat diri sendiri sebab tak menulis...