Wednesday, 12 December 2012

Kisah di Stuggart menunggu keretapi malam

Nampaknya mmg nak kena pulun menulis. Tabik untuk mereka yang menulis di blog. Baru sahaja bersemangat nak menulis, mata pun dah nak kuyu. Mungkin saya kena displinkan diri, tidur awal dan bangun awal.

Masih ada janji yang tak tertunai lagi. Nak menulis kembara di Eropah selama 2 minggu. Aduhai bercinta sungguh nak menyiapkan satu-satu entri...baru menulis setakat Stuggart...ada lagi Paris, Swiss, Zurich dan Frankfrut. Okay kita sambung semula cerita di Stuggart ni...

Sepanjang petang di Stuggart, kerjanya masuk, keluar kedai sepanjang jalan di situ. Rasanya bandar2 di Jerman memang perancang bandarnya buat macam tu...senang sangat nak berjalan. Turun keretapi, terus masuk bandar. Kedai-kedai besar dan berjenama memang banyak di sini. Ternampak juga kedai Swatch...tapi nak beli buat apa...kan dah nak ke Swiss...rumah asal jam tu...so tengok jer la...belek2 jugak key chain dan fridge magnet...angkut 2 FM. Cadangnya satu utk Paksu Li dan satu utk diri sendiri.

Masa kat stesyen keretapi tu juga sempat membeli postcard dan poskan utk anakanda di M'sia. Masih ada baki setem yang dibeli di Bad Matghetim hari tu.

Terserempak dengan sale jenama sudu garfu jenama WMF...memang sah la mahal kan...setelah di sale kan pun masih mahal bila convert duit kita. Sudu makan pun sebilah E6 setelah sale...darab ngan duit kita dah jadi RM24...aduhai...tapi beli jugak la 2, 3 batang sudu, senduk kecik...habis jugak la duit RM dalam 150 kot utk benda2 alah tu...nampak jugak periuk yang dijual satu set...ikutkan murah jugak la sebab 4 beradik stainless stain jenama tu baru dalam RM400-RM600. Rasanya kat Malaysia tak dapat la harga macam tu...cumanya nak mengangkut ke Paris dan Swiss la pulak. Terus cancel rancangan membeli belah periuk belanga kat Stuggart.

Solat di bangku kat kawasan park tu. Memang agak meresahkan kerana solat di tempat umum. Masuk jugak ke tandas yg see through tu. silap tak ambik gambar tandas tu. Cuak jugak nak guna. Tapi sebab kesejukan dan nak kencing, tebalkan muka, bayar duit dan masuk. Rasanya bayarannya E2/E1.50. Ambil wudhuk kat dalam tu dengan bekal botol air. Solat jamak qasar zohor dan asar di atas kerusi.




Lepas 8.00 malam takder apa yang boleh dibuat. Kedai semua dah tutup. Nak duduk di luar pun dah semakin sejuk. Balik ke main stesyen. Masalahnya stesyen k/api tu takder tempat duduk. Tercari-cari jugak tempat duduk. Akhirnya keputusan dibuat, masuk McDonald, beli secawan air kopi. Kat Malaysia pun air kopi mmg mahal kat situ, tambahla bila guna Euro. Tapi sebab nak duduk selama beberapa jam dan mengelak kesejukan, keluarkan juga Euro itu sebanyak E3/E3.5. Burger McD ditengok pada harganya macam kat sini jer harganya (of course la duit Euro). Yang pasti memang tak boleh makan. Sah2 tak halal.
Lagi satu bila kami duduk kat satu sudut, datang mamat sorang ni dengan anjingnya. Masalahnya anjingnya itu tak bertali. Di lepas bebas ke sana ke mari sampai kami cuak jugak. Takut2 anjingnya datang ke arah kami. Mujur selepas 30 minit ada orang komplain agaknya, dia kena halau keluar dari premis McD tu.

Duduk di situ, sampai rasa kebosanan jugak. Mr Hubby ajak duduk kat tempat lain. Ok bila dijenguk-jenguk ada tempat untuk menunggu tapi teramat kecil dalam 10 orang sahaja boleh duduk kat tempat tu.Masa tu juga, perut meragam. 2,3 kali ke tandas. Dah sekali masuk E2. Aduhs...adus...tapi dah perut sakit nak buat macam mana...Yang malasnya sebab nak mencuci lepas buang air besar. Airnya dah tentu jugak sejuk...tapi bertahan sebab nak kena istinjak.

Memang jenuh menunggu. Keretapinyer datang pukul 1.30 pagi. Aduhai sejuk kat luar. Dalam tempat menunggu pun tengok berjenis2 orang kat situ. Mungkin jugak pros dan kutu rayau. Tapi agak selamat kat situ. Sebab polis memang sentiasa berkawal di kawasan stesyen. Ada jugak 2, 3 orang yang kena soal dengan polis di situ.

Tempat menunggu keretapi pagi...mengantuk pun ia jugak...letih berjalan seharian....

Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya 1.25 pagi, keretapi yang ditunggu tiba. Ada gerabak tertentu yang perlu dinaiki. Bukannya boleh naik sebarangan. Tambah pulak di tiket dah ditulis no gerabak dan tempat duduk. Ingatkan duduk berdua macam keretapi biasa, bila dicari-cari rupanya kena share satu tempat dengan 4 orang lagi. alahai tak bestnyer. Dah ada 3 orang di dalam coach tu. Aduhai.

Monday, 10 December 2012

Satu bandar bernama Stuttgart

Waktu mula-mula sampai kat bandar Stuttgart

Bila sampai ke bandar ini, dah jadi macam "rusa masuk kampung" atau "rusa masuk bandar". Dah tak tahu nak ke mana. Apa pun apply kan  konsep "First come in the end of mind"-betul ker ni..

Simpan beg2 yang dah bertambah gemuk di peti simpanan. Peti simpan barang memang sentiasa ada di stesyen keretapi mereka. Cuma yang tak tahan...syilling Euro yang perlu dimasukkan. Rasanya untuk beg yang besar gedabak tu kami masukkan 6/8 Euro. Memang teramat mahal...tapi nak buat macam mana...sanggup ker nak mengusung beg2 semua tu...tak sanggup...so masukkan duit Euro dan bergerak...

So perkara pertama yang dibuat oleh Mr Hubby, tanya pasal tiket keretapi Stuttgart ke Mertz, Perancis. Kalau ditengokkan peta, Mertz tu jauh lagi dari Paris. Tambangnya pun mahal lagi dari Mertz ke Paris. Jenuh pulak nanti nak menggagau tiket untuk ke Paris. Setelah dibuat edisi siasat di kaunter tiket, rupanya boleh terus ke Paris denga keretapi yang sama. Cumanya nak kena tambah duit lagi. Banyak yang nak kena tambah, tapi tak sebanyak yang nak kena bayar kalau booking melalui online. Ok dah settle bab tiket. Kita boleh pi ronda2 bandar Stuttgart. Jom pi tengok bandar yang terkenal dengan kereta Ferrari ni.

Sampai dah waktu petang...mmg tak banyak maklumat pasal bandar Stuggart ni. Apa lagi bergerak ikut hati la nampaknya. Yang cuma tahu, bandarnya dekat dengan stesyen keretapi. Menyeberang ke pusat bandar melalui jalan bawah tanah...banyak jugak kedai kat bawah tanah tu...singgah sebentar di tandas kat bawah tanah tu.

Ramainya umat bila kami menuju ke pusat bandar tu. Mungkin juga sebab hari Sabtu. Singgah jugak di Tourist Information...tapinyer bila nak beli brosur English, nak kena bayar. Alahai...nak berjalan sepetang sahaja di sini. Nak beli brosur tu macam tak berbaloi pulak...so tak payah la kan...
Muka letih dan boring kerana nak berjalan takder maklumat lengkap mengenai Stuggart

Berjalan terus dan nampak manusia berpusu-pusu sepanjang  jalan itu. Kami berhenti seketika menikmati lunch kami yang dibawa dari Bad Marghetim. Nasi impit berlaukkan serunding serta buah anggur. Amat sedap kerana lapar dan suasana yang sungguh segar di sini.

Bekalan makanan anggur dan nasi impit