Thursday, 13 January 2011

Entri pertama tahun 2011

Terjenguk ke laman sendiri...baru sedar hampir sebulan dah tak menulis...dan juga tak menulis pun lagi untuk tahun 2011. Patutnya mau tulis pada ketika tarikh cantik 1.1.11 atau pun 10 hari selepas itu 11.1.11...nombor macam2 la pulak...takder ape pun cuma suka tgk number tu cantik..

Hari tu dah masuk kerja sebenarnya...24.12.2010. Alhamdulillah dapat dilanjutkan sehingga mac 2011. Terima kasih tuan KP...budimu kukenang sehingga akhir hayat..memberi peluang di masa kecederaan ini sangat2 kuhargai...

Bermula 3.1.11...memulakan penulisan di pejabat di bangunan baru pustaka ini. InsyaAllah aku bermukim di sini sehingga semuanya selesai. ya Allah engkau permudahkan urusan penulisan tesis ni...jadikan ia sesuatu yang terbaik untukku dan orang2 yang menyokongku..

Masih ke pustaka tercinta dengan menaiki kereta Uncle Z (hehehe). Bayaran RM180.00..rasanya masih macam dulu jugak...terasa agak penat bila balik pada petang hari...tapi bertekad kena datang buat penulisan ini macam aku datang kerja..kalau duduk kat rumahku tercinta jadi macam dulu...

alhamdulillah separuh methodologi-chapter 3 dah nak siap...janji diri sendiri akan siapkan end of this week...nak start tulis conference paper...dateline 30 Januari..30 januari tu...+- 14 hari sahaja lagi...saya nak present paper...hadiah utk diri sendiri, guruku dr AA dan tuan KP...tak lupa juga my hubby yang sentiasa menyokong diri ini ( macam tulis muqaddimah tesis pulak dah)

2 comments:

Anonymous said...

Yealah tu...macam tulis mukadimah. tapi takpe yang tu kiranya momentum menulis. Kena teruskan.

AzaleaAyu said...

kita tau sape yg tulis komen ni...tak aci la buat anon jer...kena tulis nama tau