Friday, 14 January 2011

Hari Jumaat yang barakah

Hari Jumaat ini adalah kali kedua Jumaat aku datang ke ofisku untuk menulis. Agak terasa sunyi walaupun bangunan baru ini telah dibuka untuk student. Rakan seperminuman dah tiada...pergi belajar...kekawan yang ada pun sibuk dengan hal masing2...memang terasa sunyi sangat..mungkinkah aku perlu bawa bekalan sendiri supaya tak membuang masa menapak mencari makanan..

Setiap hari rutinnya...pukul 7.00 keluar dari rumah. Makan apa2 yg patut kat rumah abah dan bergerak keluar menunggu uncle Z sekitar 7.30. Sampai ofis sekitar 8.25. Balik pula bergerak sekitar 5.25. Menunggu kedatangan Unser biru di hentian bus tepi Dewan budaya. Sampai di depan Long Wan sekitar 6.15 (itupun kalau tak terbantut perjalanan akibat kesesakan). Sampai rumah 6.30. Bersiap2 nak solat maghrib pulak.

Thursday, 13 January 2011

Entri pertama tahun 2011

Terjenguk ke laman sendiri...baru sedar hampir sebulan dah tak menulis...dan juga tak menulis pun lagi untuk tahun 2011. Patutnya mau tulis pada ketika tarikh cantik 1.1.11 atau pun 10 hari selepas itu 11.1.11...nombor macam2 la pulak...takder ape pun cuma suka tgk number tu cantik..

Hari tu dah masuk kerja sebenarnya...24.12.2010. Alhamdulillah dapat dilanjutkan sehingga mac 2011. Terima kasih tuan KP...budimu kukenang sehingga akhir hayat..memberi peluang di masa kecederaan ini sangat2 kuhargai...

Bermula 3.1.11...memulakan penulisan di pejabat di bangunan baru pustaka ini. InsyaAllah aku bermukim di sini sehingga semuanya selesai. ya Allah engkau permudahkan urusan penulisan tesis ni...jadikan ia sesuatu yang terbaik untukku dan orang2 yang menyokongku..

Masih ke pustaka tercinta dengan menaiki kereta Uncle Z (hehehe). Bayaran RM180.00..rasanya masih macam dulu jugak...terasa agak penat bila balik pada petang hari...tapi bertekad kena datang buat penulisan ini macam aku datang kerja..kalau duduk kat rumahku tercinta jadi macam dulu...

alhamdulillah separuh methodologi-chapter 3 dah nak siap...janji diri sendiri akan siapkan end of this week...nak start tulis conference paper...dateline 30 Januari..30 januari tu...+- 14 hari sahaja lagi...saya nak present paper...hadiah utk diri sendiri, guruku dr AA dan tuan KP...tak lupa juga my hubby yang sentiasa menyokong diri ini ( macam tulis muqaddimah tesis pulak dah)