Friday, 25 November 2011

Kesyukuran dipanjatkan kepadaMu

Alhamdulillah...masih diberi nafas untuk menghirup udara di dunia ini. Berusia 39 tahun...menghampiri 40. bak kata kekawan KISAS, nak masuk kelas 4 Kiambang dah...cepatnya masa berlalu. Tiada yang istimewa untuk ulangtahun kelahiran...cuma mengingatkan diri bahawa aku semakin tua...walaupun ada beberapa perkara yang masih diimpikan tak tercapai lagi...namun aku bersyukur dgn kurniaan Allah kepada diri ini.

Sunday, 10 July 2011

Alhamdulillah

Tiada kata selain aku bersyukur padamu ya Allah...kerana mengurniakan aku rezeki ini...memberikan aku peluang membentangkan kertas kerja di dua tempat yang berbeza. Alhamdulillah kedua2nya berjalan baik..peringkat international siap mendapat pujian dari seorang Prof. dari luar negeri...sesungguhnya aku bersyukur di atas nikmat yang engkau kurniakan ya Allah..betapa engkau memberikan aku peluang untuk merasai nikmat sebagai pembentang kertaskerja...

Memang di Pullman tu amat takut jugak kerana speaking london...tapi Allah nak beri...siap ada org puji lagi masa sesi pertanyaan...yg kat kb tu okla ...rasa macam yg d'best...tapi takder la pulak org puji macam kat pullman...terkilan sebab kat kb boss sendiri pun tak kata apa...tahniah ker...takder...betapa kedekutnya org kita nak ucap apa2...cukup utk tahun ni bentang paper...siap sikit2 utk tahun depan pulak...InsyaAllah boleh!!!!!

Kadang2 terlintas jugak di hati, present paper bukan main teruk...dilayannya sebegitu...baik la jadi peserta...lenggang kangkung jer datang...positif side...aku bentang paper..kau ader???

Thursday, 16 June 2011

Pergi tak kembali

Hari ini rakan sekerja pergi takkan kembali lagi...betapa usianya hanya 38 tahun, muda setahun dari aku...mulanya dikatakan "lupus" namun itulah ketentuan Ilahi...Dia yang mengatur perjalanan hidup hambaNya...masih agak sedih walau pun aku bukanlah rakannya yang akrab...terkenang di akhir hayatnya...kesempatan yang Allah berikan utkku tak digunakan utk berbual dgnya...terkilan juga...sebenarnya terasa betapa dia tidak berapa selesa dgn diri ini...tak tahu apa perasaannya...cuba mengelak kalau boleh...tapi akhirnya dia pergi meninggalkan dunia fana ini...meninggalkan 2 anak lelaki yang masih kecil dan suami...kesian bila teringat anaknya yg masih baby itu...biarlah Allah yang lebih mengetahui segalanya...al Fathihah utknya..semoga diampuni dosa2nya...berita kematiannya diketahui ketika aku dalam perjalanan pulang dari kerja....

Friday, 15 April 2011

Dalam sibuk tesis ada hati nak present paper..

Tamak atau apa? Atau sebab teruja sebab dah ada bahan yang memang untuk dikongsi dengan ramai orang (librarians). Saja la menghantar abstrak ke 2 conference...satu bertempat di tempat mewah-Pullman Putrajaya dan satu lagi kat KB...tak sangka la pulak diterima kedua2nya... Yang dihantar ke Pullman speaking london...yang di KB cakap melayu...topiknya sama jer...hari dapat tahu (dah bbrp hari dah) ramai la pulak hantar yg cakap melayu tu...sampaikan ada khabar kata kena pergi sendiri...alahai kedekutnya...kalau ikut akula patut hantar la semua sesiapa yang present paper....itu tanda library acknowledge kebolehan orang itu...kalau camtu aku nak pergi jugak...satu bulan Jun dan satu lagi bulan julai....

Wednesday, 13 April 2011

Ada 2 chapter yg tak siap lagi???

Aduhai...hahaha apa nak jadi riza...tak tersiap2 lagi tesisnyer...ni dah masuk bulan 4...bila nak hantaq??

Thursday, 7 April 2011

Mendabik dada atau berkongsi rasa???

Menarik jugak tajuk ni dalam satu blog yang disinggah...baru semalam meluahkan perasaan boring ngan makcik serba pandai tu...entah mengapa aku mmg tak boleh dengar kalau dia bercerita...serba serbi dia saja yang pandai, semua dia tahu...rasa macam nak termuntah...rasa macam nak jer cakap kat depan tu...cukup2lah tu riak sangat...tapi bila baca blog tu...dia cakap org tu nak berkongsi rasa...tapi tula kita boleh rasa org tu ikhlas berkongsi rasa atau bercakap riak...yg herannya ada pulak peminat dia yang dok melangut dengar dia bercerita...kebetulan aku duduk di situ dulu...tiba2 dia muncul di meja hujung...kalau tidak mau aku bangkit sahja...

Friday, 25 March 2011

Jumaat terakhir bulan Mac 2011

Saya dah mula masuk kerja secara rasminya semalam...24 Mac...perkara yg tak boleh dielakkan lagi..Saya memang amat malas nak bekerja semula setelah CUTI BELAJAR selama 2 tahun 3 bulan. Saya amat sukakan kehidupan sebagai seorang pelajar. Hidup cuma membaca, menulis dan exam. Suasananya amat santai dan sungguh menggembirakan. Saya tak perlu punch card/scan card masuk kerja dan keluar kerja...kalau rasa nak relax, tak perlu mohon cuti...tapi itulah kehidupan...back to reality...takda kerja takda gaji....Saya nak PENCEN cepat...korang nak jadi KETUA Pustakawan tu ambiklah...saya taknak...hehehe..

Masih diberi pelepasan untuk relax seketika sampai 1 April. Thanks tuan KP...

Friday, 18 February 2011

Berbaloikah brunch RM10.00

Pertama kali makan di Kafe Anjung .....??? Bestari kot...memula nak makan subaidah jer...dah jalan sekerat jalan dah...tetiba rasa nak cuba la pulak makan kat anjung tu...tak pernah makan kat situ walaupun tiap2 hari tunggu Uncle Z kat situ...

Alhamdulillah...makanannya sedap, tempat cantik dan scenerynya mmg berbaloi...nak jer cakap kat pengurus tu...teruskan dan tingkatkan prestasi yg sedia ada.

so jawapannya "BERBALOI"

Kenapa sampai Rm 10.00...
1) Nasi Ayam biasa RM4.00
2) Air fresh orange RM 2.00
3) Kek blueberry RM4.00 ( pasai teringin nak makan kek yg cantik dan menarik...tertarik duitku RM4)

Jadilah semuanya RM10.00- tapi takper sedap punya pasal...lepas ni pasti akan ke situ lagi...

Friday, 14 January 2011

Hari Jumaat yang barakah

Hari Jumaat ini adalah kali kedua Jumaat aku datang ke ofisku untuk menulis. Agak terasa sunyi walaupun bangunan baru ini telah dibuka untuk student. Rakan seperminuman dah tiada...pergi belajar...kekawan yang ada pun sibuk dengan hal masing2...memang terasa sunyi sangat..mungkinkah aku perlu bawa bekalan sendiri supaya tak membuang masa menapak mencari makanan..

Setiap hari rutinnya...pukul 7.00 keluar dari rumah. Makan apa2 yg patut kat rumah abah dan bergerak keluar menunggu uncle Z sekitar 7.30. Sampai ofis sekitar 8.25. Balik pula bergerak sekitar 5.25. Menunggu kedatangan Unser biru di hentian bus tepi Dewan budaya. Sampai di depan Long Wan sekitar 6.15 (itupun kalau tak terbantut perjalanan akibat kesesakan). Sampai rumah 6.30. Bersiap2 nak solat maghrib pulak.

Thursday, 13 January 2011

Entri pertama tahun 2011

Terjenguk ke laman sendiri...baru sedar hampir sebulan dah tak menulis...dan juga tak menulis pun lagi untuk tahun 2011. Patutnya mau tulis pada ketika tarikh cantik 1.1.11 atau pun 10 hari selepas itu 11.1.11...nombor macam2 la pulak...takder ape pun cuma suka tgk number tu cantik..

Hari tu dah masuk kerja sebenarnya...24.12.2010. Alhamdulillah dapat dilanjutkan sehingga mac 2011. Terima kasih tuan KP...budimu kukenang sehingga akhir hayat..memberi peluang di masa kecederaan ini sangat2 kuhargai...

Bermula 3.1.11...memulakan penulisan di pejabat di bangunan baru pustaka ini. InsyaAllah aku bermukim di sini sehingga semuanya selesai. ya Allah engkau permudahkan urusan penulisan tesis ni...jadikan ia sesuatu yang terbaik untukku dan orang2 yang menyokongku..

Masih ke pustaka tercinta dengan menaiki kereta Uncle Z (hehehe). Bayaran RM180.00..rasanya masih macam dulu jugak...terasa agak penat bila balik pada petang hari...tapi bertekad kena datang buat penulisan ini macam aku datang kerja..kalau duduk kat rumahku tercinta jadi macam dulu...

alhamdulillah separuh methodologi-chapter 3 dah nak siap...janji diri sendiri akan siapkan end of this week...nak start tulis conference paper...dateline 30 Januari..30 januari tu...+- 14 hari sahaja lagi...saya nak present paper...hadiah utk diri sendiri, guruku dr AA dan tuan KP...tak lupa juga my hubby yang sentiasa menyokong diri ini ( macam tulis muqaddimah tesis pulak dah)