Tuesday, 25 May 2010

Minggu terakhir Mei 2010

Cepat sungguh masa berlalu. Dah minggu terakhir bulan Mei. Banyak yang perlu dibuat untuk tesisku tu. Teruk sungguh rasa pada diri ini. Selagi tak kena pressure nak siapkan...selagi tu la tak dibuat untuk tesisku ini.
Balik dari KL minggu lepas, rasa macam nak kena start gear 1 semula untuk tesisku ini. Kemalasannya mungkin di tahap amat teruk. Ada sahaja alasan untuk tidak menulis, padahal banyak yang nak diperbetulkan.

Alhamdulillah, Internet kat rumah ni dah ok setelah 2 minggu tiada sambungan. Kekadang terfikir anak2 siapakah yang begitu jahat memotong talian telefon ini. Berapa sen sangatkah yang diperolehi? Rasanya dah kali ketiga...mahu sahaja didoakan budak2 jahat itu jatuh dari atas dan mengalami kecederaan yang teruk kerana suka sangat menyusahkan aku dan jiran sekitar.

Tahniah untuk rakan lama, Azhana yang telah mula menulis blog (www.rutinhanna.blogspot.com). Sekurang2nya aku menyampaikan ilmu kepada rakan2 baikku untuk manfaat beliau. Nampaknya rajin Azz menulis...teruskan...aku jugak yang malas nak mengemaskini blog ni...Seronok ada rakan2 yang mempunyai minat untuk membaca dan menulis...

1 comment:

che na said...

Hu...hu.. bila skali tinggal macam dah malas pulak. Abih nak buat camna, busy u. Anyway thanks 4 guiding me