Rasanya inilah cuti raya cina yang paling best. Berjalan-jalan hampir ke seluruh Malaysia dengan 3 hero kesayangan. Menaiki kenari PFT kami yang berwarna merah menjelajah ke seluruh pelusuk dan ceruk rantau Johor dan Pahang.
Memang mulanya rasa berat hati nak turun ke selatan. Memandangkan rumah pun masih belum sempurna sepenuhnya. Dan aku pula lebih baik buat kerja-kerja sekolahku ini. Tapi memandangkan memang ini saja cuti panjang hubby selain raya puasa dan hujung tahun, aku akur turun ke selatan.
Bila dikira balik, kami telah melalui 9 negeri di Semenanjung. Malah sepanjang perjalanan dari Johor ke Pahang, banyak tempat-tempat yang namanya tak pernah di dengar. Contohnya Jemaluang, Tanah Putih, dan macam-macam lagi. Memang tempat jin bertendang. Sunyi sungguh melalui kawasan-kawasan tersebut walaupun rasanya waktu tu sekitar 12.00 tgh hingga 3.00 ptg. Dari Johor, kami bertolak hari Khamis. Singgah sekejap di rumah Abang Long di ??. Sampai di Cherating hampir pukul 5.00. Rasanya bertawaf mencari hotel jenuh juga. Kebanyakannya dah penuh. Walaupun mulanya nak menginap di Suria Resort...tapi hajat tak kesampaian.
No comments:
Post a Comment