Rasanya inilah cuti raya cina yang paling best. Berjalan-jalan hampir ke seluruh Malaysia dengan 3 hero kesayangan. Menaiki kenari PFT kami yang berwarna merah menjelajah ke seluruh pelusuk dan ceruk rantau Johor dan Pahang.
Memang mulanya rasa berat hati nak turun ke selatan. Memandangkan rumah pun masih belum sempurna sepenuhnya. Dan aku pula lebih baik buat kerja-kerja sekolahku ini. Tapi memandangkan memang ini saja cuti panjang hubby selain raya puasa dan hujung tahun, aku akur turun ke selatan.
Bila dikira balik, kami telah melalui 9 negeri di Semenanjung. Malah sepanjang perjalanan dari Johor ke Pahang, banyak tempat-tempat yang namanya tak pernah di dengar. Contohnya Jemaluang, Tanah Putih, dan macam-macam lagi. Memang tempat jin bertendang. Sunyi sungguh melalui kawasan-kawasan tersebut walaupun rasanya waktu tu sekitar 12.00 tgh hingga 3.00 ptg. Dari Johor, kami bertolak hari Khamis. Singgah sekejap di rumah Abang Long di ??. Sampai di Cherating hampir pukul 5.00. Rasanya bertawaf mencari hotel jenuh juga. Kebanyakannya dah penuh. Walaupun mulanya nak menginap di Suria Resort...tapi hajat tak kesampaian.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Monday, 22 February 2010
Monday, 8 February 2010
Hari kelapan dalam bulan Februari
Sekejap sungguh masa berlalu. Dah masuk bulan kedua dalam 2010. Dah berlalu lapan hari dalam bulan kedua ini. Mengapa bercerita mengenai hari dan bulan ini? Semua ini sebab kerisauan terlampau mengenai mini tesis ini. Betapa sepatah perkataan masih tidak tertulis. Membaca tapi tidak menulis. Itu masalahnya.
Baru minggu lepas berjumpa penyelia. Alhamdulillah dah nampak gambarannya. Memang tinggi piawaian beliau. Tapi biasalah kalau dah bercita-cita tinggi...tentulah piawaian tinggi. Macam cari penyakit pun ia juga. Nak sangat buat tajuk tu. Kalau buat kuantitatif rasanya lebih senang.. tapi alang-alang membuatnya biarlah buat yang terbaik.
Ketika menulis ni...teringat macam-macam benda yang nak dibuat...buat jangan tak buat

Subscribe to:
Comments (Atom)