Friday, 20 April 2007

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007

Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu kalau hendak mengunjungi Pesta Buku tersebut:
1) Diadakan di PWTC, Kuala Lumpur
Setiap tahun, Pesta Buku KL akan diadakan di PWTC. Sememangnya lokasi ini amat strategik kerana senang dihubungi dengan pengangkutan awam seperti LRT, Komuter dan bus. Ia juga terletak berdekatan dengan Hotel ? (dulunya dikenali sebagai Pan-Pacific) dan Hotel Legend.

2) Gunakan pengangkutan awam
Kawasan meletak kereta di sekitar PWTC amat terhad. Kalaupun ada kadar bayaran yang dikenakan adalah tinggi. Di sekitar PWTC biasanya bayaran meletakkan kereta adalah sebanyak RM4. Bayangkan jika anda perlu meletakkan kereta sehingga 6 atau 7 jam di situ. Pasti perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk bayaran meletakkan kereta. Namun jika anda tinggal di hotel berhampiran mungkin bayaran meletakkan kereta tidak menajadi masalah kerana percuma.

3) Dapatkan pelan Pesta Buku
Biasanya pelan Pesta buku akan diberikan di pintu masuk utama. Ini kerana keluasan tapak Pesta Buku Antarabangsa KL di ketiga-tiga tingkat pameran PWTC (kemungkinan sebesar padang bolasepak) akan menyebabkan pengunjung yang pertama kali ke situ sesat dan juga mungkin tak jumpa jalan keluar.

4) Pakai kasut yang selesa
Bayangkan anda perlu berjalan sejauh 2 km. Jadi, penyelesaian yang terbaik adalah memakai kasut yang selesa yang dapat mengelakkan kaki anda dari melecet.

4) Datang pada minggu awal pameran
Seboleh mungkin pastikan anda dapat datang ke Pesta Buku pada minggu pertama pameran. Lebih baik jika dapat datang pada hari pertama atau hari kedua selepas ia dirasmikan. Pada hari tersebut kebanyakan penulis-penulis buku dan selebriti akan berada di pameran untuk sesi bertemu peminat dan sesi menandatangani autograph.

5) Dapatkan 'free gift' ketika membeli bahan bacaan
Kebanyakan gerai jualan akan memberi hadiah percuma kepada pembeli yang mengunjungi gerai mereka. Namun hadiah percuma ini hanya diberikan kepada pengunjung yang awal sahaja. Oleh itu pastikan anda antara pengunjung yang terawal ke Pesta Buku untuk tahun ini.

6) Bawa wang tunai
Kebanyakan gerai tidak menyediakan kemudahan penggunaan kad kredit. Sudah pasti jalan yang selamat adalah membawa wang tunai yang mencukupi. Ini kerana kalau anda ulat buku, pasti banyak buku yang hendak dibeli kerana harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari kedai buku yang biasa

7) Tawar harga buku yang tercatat
Biasanya pemilik gerai akan memberi diskaun yang menarik jika anda meminta diskaun.

8) Bawa beg membeli-belah
Sepanjang anda berjalan-jalan di pameran tersebut, anda pasti akan dihulurkan dengan berbagai-bagai risalah mengenai buku-buku terbaru.

No comments: