Friday, 20 April 2007

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007

Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu kalau hendak mengunjungi Pesta Buku tersebut:
1) Diadakan di PWTC, Kuala Lumpur
Setiap tahun, Pesta Buku KL akan diadakan di PWTC. Sememangnya lokasi ini amat strategik kerana senang dihubungi dengan pengangkutan awam seperti LRT, Komuter dan bus. Ia juga terletak berdekatan dengan Hotel ? (dulunya dikenali sebagai Pan-Pacific) dan Hotel Legend.

2) Gunakan pengangkutan awam
Kawasan meletak kereta di sekitar PWTC amat terhad. Kalaupun ada kadar bayaran yang dikenakan adalah tinggi. Di sekitar PWTC biasanya bayaran meletakkan kereta adalah sebanyak RM4. Bayangkan jika anda perlu meletakkan kereta sehingga 6 atau 7 jam di situ. Pasti perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk bayaran meletakkan kereta. Namun jika anda tinggal di hotel berhampiran mungkin bayaran meletakkan kereta tidak menajadi masalah kerana percuma.

3) Dapatkan pelan Pesta Buku
Biasanya pelan Pesta buku akan diberikan di pintu masuk utama. Ini kerana keluasan tapak Pesta Buku Antarabangsa KL di ketiga-tiga tingkat pameran PWTC (kemungkinan sebesar padang bolasepak) akan menyebabkan pengunjung yang pertama kali ke situ sesat dan juga mungkin tak jumpa jalan keluar.

4) Pakai kasut yang selesa
Bayangkan anda perlu berjalan sejauh 2 km. Jadi, penyelesaian yang terbaik adalah memakai kasut yang selesa yang dapat mengelakkan kaki anda dari melecet.

4) Datang pada minggu awal pameran
Seboleh mungkin pastikan anda dapat datang ke Pesta Buku pada minggu pertama pameran. Lebih baik jika dapat datang pada hari pertama atau hari kedua selepas ia dirasmikan. Pada hari tersebut kebanyakan penulis-penulis buku dan selebriti akan berada di pameran untuk sesi bertemu peminat dan sesi menandatangani autograph.

5) Dapatkan 'free gift' ketika membeli bahan bacaan
Kebanyakan gerai jualan akan memberi hadiah percuma kepada pembeli yang mengunjungi gerai mereka. Namun hadiah percuma ini hanya diberikan kepada pengunjung yang awal sahaja. Oleh itu pastikan anda antara pengunjung yang terawal ke Pesta Buku untuk tahun ini.

6) Bawa wang tunai
Kebanyakan gerai tidak menyediakan kemudahan penggunaan kad kredit. Sudah pasti jalan yang selamat adalah membawa wang tunai yang mencukupi. Ini kerana kalau anda ulat buku, pasti banyak buku yang hendak dibeli kerana harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari kedai buku yang biasa

7) Tawar harga buku yang tercatat
Biasanya pemilik gerai akan memberi diskaun yang menarik jika anda meminta diskaun.

8) Bawa beg membeli-belah
Sepanjang anda berjalan-jalan di pameran tersebut, anda pasti akan dihulurkan dengan berbagai-bagai risalah mengenai buku-buku terbaru.

Thursday, 19 April 2007

Apa matlamat hidup anda?

Walaupun hanya ada empat patah perkataan dalam pertanyaan itu, namun sudah cukup untuk melihat diri sendiri. Takkanlah setiap hari pergi kerja, balik kerja, makan tidur tanpa ada matlamat yang hendak dicapai? Sukar sebenarnya hendak tentukan matlamat hidup ini

Monday, 16 April 2007

Pertama kali ke negara Eropah (Januari...)


Sejak tahun 2005 lagi, hubby dah beritahu kemungkinan besar dia akan dihantar berkursus ke negara kincir angin tu. Of course la, being me nak ikut, kaki jalan mesti la nak pi. Tapinya that year kalau pi pun masa bulan 10 dah dekat nak puasa. so hubby dapat tangguhkan ke tahun depan 2006. Apalagi bila confirm jer dia dapat tempat utk course selama 2 minggu di Utrecht, Belanda,aku pun dah sibuk melihat dan mencari info kat Internet tentang bandar ni. memang tak pernah dengar pun cerita tentang bandar ni.
InsyaAllah duit tambang tu takder masalah, adala simpanan sikit2. Mulanya cadang nak pi seminggu saja. Tapi bila bual dengan CNB, dia kata baik u pergi 2 minggu dan tak payah bawa baby (masa tu si farhan tu baru setahun). Thanks CNB! Minta mama tolong jaga Farhan selama dua minggu. sedih juga nak tinggalkan Farhan. Tapinya peluang macam ni hanya sekali seumur hidup.
Bermula dari Januari 2006 bermula kesibukan membeli tiket kapalterbang dan mencari travel agent yang sesuai. Dapat quotation dalam 3.8K untuk pergi balik. Mulanya cadang nak bayar dgn kad kredit but di charge more than RM100 sebab guna kad kredit. Terus bayar tunai.


Kucing malas aka Garfield

Semalam pi Kafu (sebutannyalah). Terjumpa kucing malas kuning/oren tu. Terus berkenan beli ditambah pulak dgn adanya discount 50%. Teringat cerita lama di suatu ketika dulu..time belajar yg penuh berjimat cermat... ada la sorang kawan tu dapat hadiah garfield dari pakwe dia...dalam hati hai bestnya dapat hadiah tu dari orang tersayang pulak tu...masa tu memang minat sangat dgn garfield ni...nak tunggu org hadiah memang kirim salam la..(alahai time tu pakwe pun takde)..nak beli lagi tak mampu...bila cerita kat hubby...terus dia kata dia belikan utk umi farhan...memang la sekarang ni dapat garfield tu dah takder makna pun...:) agaknya sebab nilai umur 30-an dah tak macam nilai umur 20-an. Last2 jadi toy utk si Farhan. Sayang sungguh farhan ngan garfield tu...tidur siap peluk2 si garfield...

Thursday, 12 April 2007

Dah hantar borang?

Hari ni hari terakhir hantar borang. InsyaAllah ada rezeki adala...kalau tak dapat tu Allah lebih mengetahui hikmahnya. Mungkin dapat, mungkin tidak...dengar cerita dah ada calon favourite pun.

Monday, 9 April 2007

Ada apa di Pulau Pinang?

Cerita setahun lalu
Memang mulanya agak takut nak berjalan seorang diri bila hubby berkursus. Tapi beranikan diri. Takkan nak berkurung duduk dalam bilik hotel seharian mengadap tv. Akhirnya jadilah aku pengukur jalan di Utrecht selama 10 hari...
Cerita hari ini

Di mana tempat menarik kat Pulau Pinang? Walaupun dah 10 tahun kerja kat sini, namun kalau ornag suruh beri tempat2 menarik kat P.P ni, jenuh jugak nak memikirkanya. Rasanya yang best kat Penang ni
1) Feri Pulau Pinang
2) Jambatan Pulau Pinang (tiap2 hari menyeberanginya)

3) Bukit Bendera (lama dah tak pergi ke sana)

Friday, 6 April 2007

Hari Jumaat yang menyeronokkan?

Cerita setahun lalu
Salah satu terusan yang merentangi kota Utrecht... sering terfikir agaknya kalau orang Pulau Mutiara (terutamanya cha ya nun alif )dicampak ke sini, dah tentu gambar yang diambil tak seindah begini atau mungkin kota ini akan terus tenggelam...hahaha..

Cerita hari ini
Ada beberapa perkara yang menjadikan hari Jumaat, hari yang menyeronokkan bagi aku;
1) Hari terakhir bekerja dalam setiap minggu

2) Selepas Jumaat, akan diikuti 2 hari cuti

3) Jumaat, masa rehat tengahari panjang (utk orang perempuan jer la) dan juga masa kerja pendek

4) Selalunya masa rehat Jumaat boleh pergi berpoya-poya kat Tesco, Jusco dll.

5) Mungkin jugak sebab Jumaat, penghulu segala hari...banyak keberkatannya


Thursday, 5 April 2007

Jambatan Pulau Pinang dibom?

Semalam hari Rabu, sampai di rumah hampir pukul 8.30. Sedangkan selalunya pukul 6.30 dah bermain-main dgn anak. Semuanya gara-gara Penang Bridge ditutup. Dipercayai ada bom diletakkan di situ. Semua orang terpaksa menghala ke feri. Memang selalunya perkhidmatan feri agak lembap . Apatah lagi bila semua orang menuju ke situ. Kecoh jugak la Pulau Mutiara ni semalam. Jalan menuju ke feri sesak teramat. Selama sejam tak bergerak langsung.

Katanya ada orang meletakkan besi yang dipercayai mengandungi bom. Memang orang yang buat perkara tersebut orang yang amat jahat dan busuk hati! Bayangkan bom diletakkan di atas jambatan. Kalau betul2 bom, dah pasti jambatan tu roboh dan terputus hubungan darat antara daratan dan pulau ini. Dianggarkan hampir 10 km kenderaan di bahagian seberang terkandas. Tak dapat bayangkan kalau jambatan ini benar-benar dirobohkan oleh pengkhianat.

Wednesday, 4 April 2007

Iklan naik pangkat


Cerita setahun yang lalu
Hari pertama keluar di bandar Utrecht. Hari Ahad. Sejuknya walaupun masa tu dah nak beralih ke spring. Takjub tengok banyaknya basikal di parking kat luar bangunan. Tercari-cari jalan nak ke kawasan bandar . Kononnya tak mahu lalu di Hoog Catherine (terpengaruh dgn cerita-cerita yang ditulis dalam Internet). Membayangkan H.C tu macam kawasan Chow Kit.

Cerita hari ni

Semalam dah keluar iklan naik pangkat ke tangga satu lagi. memang teringin la nak naik pangkat...siapa yang tak mahu. Tapinya nak mengisi borang tu satu hal jugak. panjangnya berjela-jela...lepastu nak kena temuduga pulak...belum tentu dapat. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat la...Kat jabatan dah sibuk orang dapat cemerlang..Tahniah untuk kekawan yang dapat cemerlang. Teruskan kecemerlangan anda.

Tuesday, 3 April 2007

Berjalan ke Utrecht, Belanda 2006




Hari ini rasanya dah setahun genap aku ke Holland. Kenangan ke Holland walaupun setelah setahun berlalu masih segar di ingatan. Ia kenangan terindah dalam hidup ini. Mana mungkin dapat melupakan kenangan itu...kenangan pertama kali ke benua Eropah.


---> Keletihan setelah 11/12 jam penerbangan dari KLIA ke Schipol.Masih awal pagi. Hubby solat subuh dalam kawasan lapangan terbang. Menunggu teksi ke Utrecht.

Buku terkini yang dibeli

Hari ini membeli 2 buku baru di KBK:

1) Cepat pandai bahasa Inggeris : Zuhaimi Ismail (mungkin sebab hendak memandaikan diri bercakap Inggeris

2) Tip menjadi individu menarik : Fadzilah kamsah & Ahmad Naim Jaafar (mungkin sebab aku ni individu yang tak menarik???) hahaha

Apa pun mungkin sebab dapat baucer dari Koperasi...

Terlihat juga buku oleh Zaharah Nawawi : haruman/seharum kencana, simpan untuk dibeli semasa pesta buku KL nanti.

Monday, 2 April 2007

Makan-makan pisang goreng/ goreng pisang?

Petang ini memang terasa agak lapar. Mungkin sebab tadi makan tengahari sedikit sahaja. Minta staf tolong belikan pisang goreng. Tapinya...pisangnya berminyaknya. Tak dimakan..perut lapar ...nak dimakan...berminyak sangat

Hari Isnin yang membosankan

Setiap kali hari Isnin...memang membosankan. Mengantuk satu hal juga..mungkin sebab tidur lambat. Kemudian dua, tiga kali bangun untuk menyusukan Fahmi.