Monday, 27 August 2012

Raya yg x best

Utk sekian kali, terasa raya di johor teramat tak best. Takder siapa utk diziarahi. Semua org sibuk beraya dgn sedara memasing. Kalau selalu akan mengatur jadual ke rumah abang-abang dan kakak-kakak...

Penyakit malas lepas cuti raya

Hari Isnin 27 ogos, kerja hari pertama selepas cuti raya seminggu. Amat malas nak bekerja...kalau boleh nak bercuti duduk rumah mengadap bunga2 ros, bunga melur, pokok beri...membuang rumput keliling rumah...menyiram pokok2...my wish list nak duduk kat rumah...tapi apa kan daya...takder kerja takder duitnyer...

Suasana pejabat tingkat 2 ini pun sunyi sepi lagi...pelajar masih bercuti panjang...minggu depan baru akan meriah suasana dengan pelajar baru dan lama yang kembali ke kampus..

Tuesday, 21 August 2012

Raya ke-3 Beraya di JPO

Kali kedua datang ke jpo. Org dah kurang. Butik coach pun tak perlu beratur utk masuk macam tahun lepas. Mmg dah kata tahun lepas, nak dtg semula tengok Braun BUffel. Tahun lepas tak bukak lg. Kalau x cadang ke Europe, mmg dah angkat satu bb tu.

Monday, 20 August 2012

Balik raya kat johor

Bertolak mlm semalam. Sampai kul 3.00 am. Pagi bertolak pukul 10 pagi setelah sarapan nasi kat rumah. Akan ke rumah saudara di muar dulu sebelum ke kulai.

Banyak membazir makanan. Mana taknya buat lontong  seperiuk tapi nak makan abg sorang. Semua kenyang makan kat rumah org lain3

Friday, 17 August 2012

Confirm pi Stuggart dari Bad Marghetim

Tadi hubby dah beli tiket k/api dari Bad Marghetim ke Stuggart. InsyaAllah akan lepak kat bandar Stuggart dalam tempoh sepetang...ada cadangan pergi ke Heidelberg...tapi tak belek lagi jauh ke tidak dari Heidelbeg ke Stuggart tu...kalau jauh lepak kat Stuggart jer la. Katanya bandar typical europe sahaja di situ. tengokla macam mana...nampaknya tak sampai hajat di hati nak tengok istana fairy tale kat area munich tu..dari munich pun 2 jam...semuanya 4 jam...takper ada rezeki nanti2 boleh datang lagi :) terus mengharap....

Tiket Metz ke Paris...kiv dulu...mahal sangat...maybe beli bila sampai kat sana jer la...

Thursday, 16 August 2012

Iklan raya BERNAS

Mmg menyentuh hati iklan ini...iklan yang dibuat dari hati mmg melekat di hati...rasanya semua yang tengok pasti akan menangis paling tidak menitik air mata...dari mula tengok iklan ni dah keluar air mata...ingatkan diorang berdua berlakon sahaja tetapi mmg depa OKU yang cacat penglihatan dan pertuturan. Katanya diambil dari kalangan anak-anak di rumah anak yatim...semoga iklan ini membuka ramai hati untuk bersedekah kepada rumah anak-anak yatim...

Tabik untuk pengarah iklan ini...Hafiz Ibrahim...ada kata2 mamat ni org PR...tak kisahla apa pun...kalau dah buat perkara baik dan bermutu tinggi..tak kisah la.....mmg terbaek...harap dia gunakan bakatnya utk mengajak org membuat kebaikan...pahalanya sampai selepas mati...

Tuesday, 14 August 2012

Itinery ke Europe (2)

Setakat hari ini;

Tiket dari Jerman melalui Stuttgart ke Paris. Harganya Euro 140 (2 orang)...aduhai tiket k/api saja pun dah beratus2...lagi sekali pengubat jiwa...once in a lifetime...Rupanya tiket tu tak sampai paris lagi...sampai kat tempat bernama Metz. Jenuh la pulak nak cari kat mana la bandar ni...harap2 ada la k/api penyambung ke paris dengan senang...

Confirm : Stuttgart- Metz

Nasi Briyani Brahim utk bekal jalan

Terbaca mengenai kewujudan nasi briyani brahim ini dalam satu travel. Ooo ...ada rupanya nasi briyani segera brahim. tak tahu la pulak..ingatkan brahim ada keluarkan kuah2 kari, kuah satay segera sahaja. Jenuh jugak mencari di tesco, giant...tak berjumpa-jumpa...sampaikan terfikir betul ker orang ni menulis...cari kat Tesco ampang pun tak berjumpa. Akhirnya hari ahad baru ni...membeli barang untuk keperluan raya di Tesco Kulim...terserempak produk brahim yang dicari-cari ....mmg agak mahal...sebungkus hampir RM11.00 (10.90)...tapi kalau fikir beli nasi kat sana pun dah RM50.00 sepinggan...baik la berhabis kat sini RM200 utk nasi ni dari berhabis RM1K kat sana...kan jimat banyak...

Thursday, 2 August 2012

Demam di bulan puasa

Semalam MC sehari. Mmg tak sihat dan tak sedap badan. Rasanya nak tidur sahaja. alhamdulillah dapat berehat setelah diberi MC oleh tuan doktor. Mungkin berjangkit dengan hero kecik kat rumah tu yang dah dua tiga hari asyik batuk...
hari ni pun masih batuk2 dan berhingus...cuma tak teruk sangat...boleh bangun berjalan lagi dan datang kerja lagi..
Hari ni datang dengan abah, mama dan Pakdin...kesian jugak tengok abah memandu...mmg nampak sangat dia dah tak larat..."keawasan"nya memandu semakin kurang...datang nak mengambil cik ein yang baru sampai ke Malaysia..semangat nak balik hari ni sebab nak tengok barang2 kiriman...bag, kain 4 meter, periuk...hehehe...mmg banyak jugak yg dipesan...