Masih bertungkus lumus mengatur ayat untuk RQ. alahai macam mana ni...RQ pun tak lepas lagi ni...membaca bukan main lagi...menulisnya lemah sungguh...rasa macam hilang semangat bila tiba bab2 menulis ni...Ya Allah berikan aku kekuatan dan idea untuk menulis penulisan ilmiah ku ini...
Bercuti ke Trengganu dan Kelantan memang menyeronokkan. Tambah pulak dapat bilik kat tepi pantai, satu di Merang dan satu lagi di Marang. Sayang hero2 kecik tak dapat mandi laut...memandangkan laut agak bergelora juga dan pantainya yang tak mengizinkan untuk mandi laut. Di KB kami melelapkan mata di Ansar Garden Hotel. Bolehlah utk tidur walaupun agak menyesakkan berada dalam biliknya.
Berkesempatan memborong pelam emas hitam sebanyak 10 kg di pasar waqaf che' yeh, di KB. Membeli tikar berharga RM65.oo di Pasar Payang, Trg. Terasa mahal..tapi sukar nak dapatkannya lagi...membeli juga tikar gred E???? berharga RM12.00 dan lekaq periuk...juga tampi berharga RM10.00
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Friday, 9 April 2010
Friday, 2 April 2010
Bercuti lagi...ke Trengganu kiter
InsyaAllah hari Sabtu nanti akan bertolak ke Trengganu. Pergi atas urusan menemani abang bertemuduga. Berbelah bahagi juga nak ke sana. Mana tidaknya baharu sahaja pulang dari Cuti-cuti Melaka. Memang berjalan ni macam hobi aku. Tapi memandangkan kerja2 penulisan ilmiah ni masih terbengkalai, hati terasa berat nak pergi. Kugagahi juga menemani hubby tercinta. Farhan memang seronok tak terkira, nak tidur hotel katanya. Harap2 dapat hotel bagus pada kunjungan kali ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)