Monday, 8 March 2010

Benda hilang.....kebesaran kuasa Allah

Pernahkah terfikir betapa sesuatu yang hilang itu akan muncul kembali? Kisahnya seutas rantai tangan batu yang berharga RM100.00. Rantai berwarna ungu. Diberi kembali kepada penjualnya untuk di ubah kelonggarannya. Namun dia tidak muncul untuk memberinya kembali. Agak terkilan kerana rantai tersebut tidak pernah dipakai lagi. Cuba hubungi dia untuk mengingatkan rantaiku itu. Namun panggilan tidak dijawab walaupun berpuluh kali dihubungi. Hingga akhirnya redha dengan ketentuan Allah. Terkilan juga pada awalnya kerana terlalu percaya kepada penjual itu.

Hingga Ahad yang lalu berjumpa kembali penjual itu. Terkejut sesungguhnya dengan kebesaran Allah. Memang mulanya dalam situasi tidak dapat pergi ke situ kerana keadaan letak kereta di sekitar Kompleks Karyaneka penuh dan padat. Abang dah mengalah untuk balik dan berehat di rumah. Namun diri ini tekad untuk pergi melihat barang-barang jualan di situ sempena Hari Kraftangan Kebangsaan. Berjalan seorangan di situ hingga akhirnya berjumpa penjual itu. Walau apa alasannya untuk tidak berjumpa denganku, aku bersyukur dia memberi kembali rantai itu kepadaku.

Ya Allah besar sungguh kekuasaan Mu dan cara Engkau memberi peringatan kepadaku. Sesungguhnya aku semakin yakin dan redha dengan takdirMu...