Semenjak melayari maklumat mengenai blog...baru terjumpa satu perkataan "liblog" -istilah untuk blog-blog pustaka. Memang pustakawan-pustakawan di luar sempadan Malaysia rajin menulis malangnya di dalam lingkungan...termasuklah diri ini. Mungkin ada yang menulis dalam blog tetapi berkisar tentang diri sendiri, bukannya mengenai pustaka sendiri.
Terjumpa juga buku mengenai blog pustaka-pustaka di seluruh dunia. Malangnya Malaysia tidak disenaraikan walaupun jiran di selatan tanahair disenaraikan. Cabaran untuk diri sendiri..mungkin tulis blog pasal pustaka dan pengalaman menggunakannya. Lekas...realisasikan ia!!!
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Thursday, 26 February 2009
Tugasan blog
Kelas Dr. Abrizah semalam telah diberi tugasan baru. Web 2.0. Diberi tajuk dan pilih salah satu topik Web 2.0. Aku memilih topik "blog". Mungkin lebih dekat dgn diriku.
Sebenarnya aku ini telah mengenali blog sejak tahun 2000 lagi bermula dgn blog Dr. Max (pelajar perubatan di UK-tentang hari-hari beliau sebagai seorang seorang pelajar perubatan di rantau orang). Rasanya sejak dia berkahwin langsung blog tersebut dah tak boleh diakses. Apabila blog mula dikenali dan umum senang mewujudkan blog personal-aku masih tak memulakannya. Hanya baru 2 tahun lepas aku mewujudkan blog ini. Itupun sebab keadaan yang mendesak (ingin meluahkan perasaan) dalam blog. Apa pun aku respect kepada penulis blog...mereka rajin menulis...aku...hahaha..malas betul nak menulis...
Azam tahun baru 2009...rajin menulis di blog..

Wednesday, 4 February 2009
Tugasan
Tugasan telah datang bertimpa-timba(?) sampai tak tahu nak buat yang mana satu. Harap-harapnya dapat buat yang terbaik dan mendapat "A" utk ketiga-tiga subjek. InsyaAllah. Yakin Boleh. Pasti Boleh. Nak kena bagi motivasi kat diri sendiri dulu.
Sah hilang
Memang sah pendrive (2 unit) tersebut hilang diambil oleh pencuri di Pustaka Universiti tertua itu. Terkilan jugak sebab baru dibeli terutama yang satu berkapasiti 8 G. Kesemuanya 10 G. Aku mendoakan orang yang mengambilnya mengembalikannya walaupun tipis kemungkinan nak dapatkannya. Dah tanya Dr., boleh tengok CCTV untuk melihat pencurinya.
Subscribe to:
Comments (Atom)