Friday, 1 February 2008

A Room with a view

Alhamdulillah, akhirnya 2008 aku dapat bilik yang mempunyai jendela yang membolehkan aku melihat apa yang berlaku pada alam sekitar. Tahun 1999 aku memulakan kerja di bilik gua tu. Memang sebagai staf baru aku tak banyak persoalan. Menerima seadanya. Bagi orang lain mungkin agak merimaskan apabila duduk dalam bilik yang sebegitu. Tapi bagi diriku, lama kelamaan aku jatuh cinta dengannya. Kalau tidak masakan tidak aku berupaya menghabiskan lebih 9 tahun dalam bilik itu.

Aku cuba menghidupkan suasana dalam bilik itu dengan ceria. Pelbagai cenderamata yang berbagai bentuk dan warna. Mungkin dapat diakui papan kenyataan ku amat berwarna warni dan meja kerja ku pun begitu.

Memang agak nostalgia untuk meninggalkan bilik itu. Mungkin sampai aku dihalau dari empunya baru, baru aku dapat mengemas barang. Itu pun mengambil masa untuk cuba mengemas barang.

Bila nak berpindah, ya Allah, banyaknya barangku yang terkumpul selama aku berada di situ. Rasanya 4 kali angkutan, baru selesai. So sekarang berada di bilik yagn mempunyai jendela dengan barang2 yang masih berselerak...

Tahun baru 2008...pertama kali menulis blog

Agak lama tak menulis blog...sejak bulan 10, 2007...mungkin sejak raya tak menulis...
Tahun baru banyak yang berlaku...bos baru yang perangai macam ketam..asyik nak menyepit orang... dan bodoh sombong..konon dia sorang yang pandai segala-galanya.

Dapat tawaran further study dgn biasiswa universiti dalam taman...tapi tak tau bila nak pi...memang kalau ikut hati nak keluar cepat2...tak best dapat bos macam ketam ni...buat kerja pun tak der hati...org putih kata takder passion...

Cuti raya cina ni best...dapat lari dari masalah ni...cuti panjang