Hari ni sebenarnya puasa nazar. bukannya apa kesian dgn Fahmi yg selsema teruk last month ketika nak pi KL naik kapalterbang. Risau sungguh kalau-kalau selsemanya makin teruk. Alhamdulillah ketika di KL dia beransur pulih. Cadang nak puasa ni sejak hari Khamis lagi...terlupa hari Isnin...terlupa...hari ni tekadkan semangat puasa jugak. Alhamdulillah setakat ni dah setengah hari berpuasa.
Lama tak menulis blog...bz ngan malas nak mengadap depan komputer ni iya jugak..
Gambar ketika melalui kedai buku di bandar Utrecht...kagum dgn budaya membaca mereka...kedai buku pun sampai boleh specialised jual buku khusus untuk kanak-kanak, muzik, bidang2 tertentu..buku antik...di bandar tu sahaja rasanya ada 8 buah kedai buku yang besar..tu tak termasuk kedai buku di stesen keretapi