Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan sabar
Friday, 30 March 2007
Selepas gotong royong
Teramat malas nak memulakan kerja...mungkin sebab letih berjalan ke Gurney Plaza tadi. Rupa-rupanya bergotong royong untuk mengutip barang-barang kitar semula. Manalah boleh nak kutip kitar semula sehari...kan sepatutnya kitar semula tu kena budayakan. Patutnya ditetapkan kumpul semua barang kitar semula dan kutip pada setiap minggu atau pada setiap bulan...atau mungkin juga patut diadakan peraduan...jabatan yang banyak mengumpulkan wang akan diumumkan sebagai pemenang
Salam dari maktabah
Akhirnya, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, aku menulis dalam blog. Setelah 7 tahun aku hanya menjadi pembaca setia blog kepunyaan orang, akhirnya aku kini telah mempunyai blog sendiri. Tak tahu kenapa aku mengambil masa yang lama untuk menulis blog...mungkin agaknya bak kata orang tua dah sampai masa...atau bak kata hubby aku ni late bloomers...
Masih aku ingat lagi blog pertama yang aku baca blog Dr. Max tahun 2000. Aku antara pembaca setianya...dari beliau bertugas di Langkawi hinggalah beliau bertugas di Alor Setar (atau lebih tepat hingga beliau nak kahwin). Aku pun tak tahu apa yang dah jadi pada blog Dr. Max tu.
Hari ni kat jabatan buat gotong royong. Kononnya bergotong royong. Aleh2 cuma jadi pakat tukang tengok dan tukang pegang beg plastik hitam dan yang terakhirnya makan-makan.

Subscribe to:
Comments (Atom)